Bab 6

Other Completed 3450

Bobby sibuk membantu Evolet menyediakan sarapan pagi. Franky bangun dari tidur. Teman-temannya masih lena dibuai mimpi. Franky mengeliat membetul urat-urat badan. Terasa segar.

Franky menuju ke sungai. Dia membasuh muka. Queenia sedang menangkat air. Terkial-kial Queenia nak membawa air. Orang kaya mana nak buat kerja rumah. Nak pula ada pembantu rumah, arah sahaja itu ini.Settle.

"Bak saya tolong."Queenia tak sempat berkata apa-apa. Tong yang berisi air ditangan Queenia dia ambil. Franky berjalan terlebih dahulu. Queenia tersenyum.

"Engkau ni agak-agak la suruh Queenia angkat air. Berat kut." Bobby dan Evolet sedang bergelak tawa galak orang bercinta terhenti. Dah macam laki bini duduk dalam rumah buat kerja sama-sama. Sampai Franky ada dekat situ mereka tak perasan.

"Apahal aku pula. Queenia yang nak ambil. Awak tengok la tak pasal-pasal saya kena marah dengan boyfriend awak." makin berbunga-bunga hati Queenia.

"Betul saya yang nak ambil air tu tadi." kesian pula dekat Bobby kena marah dengan Franky.

"Franky, awak pergi cari kayu dengan Queenia boleh tak ? Bukan saya tak nak kasi awak pergi dengan Bobby.Sebab saya nak mintak tolong Bobby angkat air. Tak cukup ni." Evolet memberi alasan.Padahal Evolet saja nak mereka berdua bersama. Franky jadi serba tak kena. Nak tak nak dia terpaksa. Bobby ketawa kecil. Franky menjeling ke arah Bobby.

"Boleh tak awak bawa?" kayu-kayu kering diangkat oleh Franky dan suku lagi diangkat oleh Queenia.

"Boleh. Lagipun sikit ja." sedang mereka berjalan entah bagaimana kaki Queenia tergeleceh, terpijak lubang.Queenia terjatuh.

"Awak ok tak?" kayu yang dipegang dilepaskan. Terus Franky mendekati Queenia. Queenia menahan sakit bila Franky memegang kakinya.

"Tak apa. Sikit ja." Queenia bangun dibantu Franky. Franky mengambil kayu-kayu kering separuh dikepit celah ketiak. Tangannya memeluk pinggang Queenia. Hatinya berdegup kencang,wajah Franky dekat dengan mukanya.

"Jom." ajak Franky. "Awak tahan sikit ya. Nak sampai dah." Queenia berjalan capit sebelah.

"Apahal weyh?Asal dengan Queenia?" tanya Rockey.

"Tadi dia jatuh." Bobby mengambil kotak kecemasan. Mujur la dia tergerak hati nak bawa. Evolet meletak ubat dikaki Queenia kemudian dibalut.

"Aku rasa tengah hari kita balik." Franky risau kalau-kalau kaki Queenia cedera teruk.

"Apasal pula nak balik tengah hari. Janji nak balik besok. Alah bukan teruk pun. Tergeleceh sikit ja tu." Carl bersuara dengan nada tak puas hati. Itu dia dah cakap dengan Bobby jangan bawa perempuan,menyusahkan.

"Apa kau cakap tau. Cuba kalau kau yang duduk dekat Queenia orang cakap macam tu apa kau rasa? Cakap pakai la otak sikit jangan main bedal ja." marah Franky.

"Yang kau nak hangin kenapa? Bukan aku kata dekat kau. Yang nak bela dia sangat apahal? Dah jatuh cinta dengan dia?" keadaan menjadi tegang.

"Eh dah la. Kita datang nak seronok-seronok. Bukan nak bertekak." Bobby cuba mengawal keadaan. Risau juga takut gaduh.

"Tak apa. Kita balik esok. Saya boleh tahan sakit. Lagipun sikit ja ni. Ni dah letak ubat ok la." Queenia bersuara. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Malam ini malam terakhir mereka bermalam dihutan. Tadi petang mereka memancing dapat beberapa ekor ikan. Sedang mereka membuat persiapan bbq mlm ni ada beberapa orang pemburu datang kepada mereka memberi ayam hutan hasil tangkapan mereka. Rezeki mereka malam ini, dapat makan ayam bakar.

Setelah selesai camping.Mereka bertolak pulang ke rumah. Rockey menghantar Franky ke rumah.

Franky masuk ke dalam rumah. Nick berbaring di ruang tamu sambil menonton tv. Franky berjalan menuju ke biliknya. Alangkah terkejut melihat biliknya berselerak. Tabung yang Franky simpan di goncang.Kosong. Tiada isi.

"Nick, Kau ada masuk bilik aku tak?" Nick yang sedang tidur menghadap tv, terus bangun.

"Apasal kau nak tuduh aku yang ambik duit kau?" marah Nick.

"Tak aku tanya. Macam mana kau tahu duit aku hilang?" Wahal Franky tak tanya pun soal duit. Nick kelihatan gelabah. Nampak sangat dia yang ambik duit Franky.

"Ya, aku masuk bilik kau. Aku yang ambik duit kau. Pehal?" wajah Nick bersahaja. Langsung tak ada perasaan bersalah. Dah curi duit orang. Boleh tanya apa hal?

"Aku nak duit aku balik." penat dia bekerja simpan duit untuk banyar yuran peperiksaan, senang-senang saja Nick ambik. Kali ni, Franky tidak memberi muka.

"Kau apahal anak haram? Apa benda kau tak puas hati dengan aku? Kalau hebat sangat jom kita lawan." Franky mintak cara elok. Tapi dijerkah macam Franky pekak.

"Memang aku tak puas hati sebab kau ambik duit sial! Aku penat kerja kau senang ja mencuri." Nada suara Franky tinggi. Sabar dihati sudah nipis. Dia sudah mengengam penumbuk.

"Bangsat!" Nick berang. Dia cuba menumbuk Franky tapi sempat dielak. Kali Franky betul naik angin. Franky menumbuk muka Nick sekuat hati. Dia menyepak perut Nick. Nick jatuh. Ingat hebat sangat. Baru kena sikit dah rebah. Bibir Nick sudah berdarah. Pipinya juga nampak lebam. Nick menahan sakit. Senak perutnya. Boleh tahan kuat juga Franky.

"Aku tak kira aku nak duit aku bodoh!" jerkah Franky. Mak cik Jeslyn baru pulang dari bermain judi terkejut melihat anaknya terbaring dilantai.

"Kau pukul anak aku kenapa anak haram! Hey kau kemas baju kau sekarang. Kau berambus dari rumah aku. Aku tak nak tengok muka kau. Dasar tak mengenang budi." Tanpa bercakap banyak Franky mengemas baju keluar dari rumah itu. Kalau dia berlama disitu, wajah mak cik Jeslyn akan mendapat penampar sulungnya. Sabarnya sudah terbatas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience