Bab 5

Other Completed 3450

Franky menunggu teman-temannya perhentian bas. Sepatutnya semalam dia tidur dirumah Bobby tapi disebabkan mak cik Jeslyn rancangan Franky terbatal.

"Ooo.. sekarang kau dah pandai mengadu ya." Mak cik Jeslyn berang selepas Pak cik Alvin menampar Nick. Awal-awal pagi lagi pak cik Alvin sudah berangkat ke tempat kerja. Itu yang mak cik Jeslyn berani memukul dia. Kerusi yang biasa Franky guna waktu belajar menjadi bahan untuk mak cik Jeslyn pukul dia. Dia hanya menahan sakit. Andai dengan memukul itu memberi kepuasan pada mak cik Jeslyn, dia rela.

Pin! Pin!

Wajah ceria teman-temannya terpancar. Franky tersenyum. Tapi senyumannya mati melihat Queenia ikut serta.

"Masuk la. Karang lambat kita sampai." Tempat yang kosong hanya disebelah Queenia. Nak tak nak terpaksa dia duduk.

"Franky, kenapa awak macam tak sihat ja. Awak demam ka?" Evolet dengan pantas memegang dahi Franky.

"Untung laa badan ada orang care." dengan nada cemburu Carl bersuara.

"Jaga-jaga Evolet nanti ada orang marah."Bobby mengerling Queenia melalui cermin kereta. Franky buat tak tahu.

"Pandai-pandai kata cakap orang marah. Mana ada kita lagi suka." balas Queenia yang diam sejak tadi.

"Eh Bobby tak cakap awak pun ek. Yang awak terasa kenapa?" merah muka Queenia menahan malu. Queenia menampar bahu Bobby. Bobby ketawa.

Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang ingin dituju. Kawasan gunung ganang, ditumbuhi pohon hijau. Terdengar bunyi air terjun. Burung berkicauan. Tak terkecuali bunyi unggas. Rasa tenang dan damai.Cuaca hari ini juga cantik.

Franky menarik Bobby jauh dari mereka. "Pehal Queenia ikut kita? Kau tahu bapak dia macam? Cari pasal la kau ni Bobby."

"Aku ajak Evolet je, sekali dia dengar. Lepas tu dengar pula kau ikut, dia pun nak join sekaki la. Takkan nak cakap tak boleh." Franky mengeluh. Betul juga kata Bobby.

"Apa salahnya kalau kau dengan dia sekalipun.Queenia dah cakap dia terima kau seadanya. Franky, satu ja aku nak cakap. Kalau dia dah start sayang kau, dia tahu tentang masa silam dan terima. Hargai dia Franky. Jangan sampai satu saat kau menyesal." Bobby menepuk bahu Franky. Dia meninggalkan Franky

Malam ini tiada langsung cahaya bulan mahupun bintang didada langit. Franky duduk diatas batang kayu buruk ditemani unggun api. Rasa sejuk sampai ke tulang hitam. Franky selimut badannya. Teman-temannya yang lain sudah lena diulit mimpi. Hari ini tak banyak aktiviti yang mereka lakukan maklum hari pertama.

"ehem." Evolet berdehem. Dia duduk disebelah Franky.

"La ingatkan dah tidur." Evolet menggeleng. "Tak boleh tidur."

"La kenapa? Tak selesa? Tak apa besok saya cakap dekat Bobby kita balik." Risau juga hatinya. Yelah Evolet kan perempuan lagi pula dia anak orang senang mungkin rasa tak selesa.

"Eh, tak la. Saya suka. Tapi tu la first time datang tempat macam ni mungkin susah nak lelap mata. Tempat baru." Franky mengiyakan.

"Franky, saya nak tanya sikit boleh?Tapi pertanyaan saya sensitif. Nanti awak marah tak?" Franky mengangkat kening.

"Tanya ja la. Nak marah kenapa? Tanya ja kut. Saya boleh jawab saya jawab." Franky tersenyum.

"Saya dengar awak tak ada mak ayah betul ke?" Senyuman Franky mati. Wajah Franky bertukar muram. "Maaf kalau pertanyaan saya buat awak tersinggung." Franky tersenyum nipis.

"Tak ada laa saya tak tersinggung. Ya saya tak ada mak ayah. Saya pun tak pasti diorang ada lagi ka tak bahkan rupa mereka pun saya tak pernah tengok. Saya anak punggut Evolet. Anak Haram. Saya lahir dari hubungan terlarang." wajah Franky nampak sedih.

"Awak bukan anak haram Franky. Awak cuma anak tak sah taraf. Tapi awak tak bersalah dalam hal ni. Mana awak tahu awak lahir dari hubungan terlarang?" Franky tersenyum sinis.

"Dia buang saya. Dia buang saya dalam tong sampah. Awak boleh bayangkan seorang bayi yang tak tahu apa-apa dibuang tanpa perasaan bersalah. Saya rasa diri saya terlalu kotor, terlalu hina sampai sanggup dia buang saya. Kenapa dia tak bunuh sahaja." Hatinya sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Rasa sedih selalu menyelubungi hatinya.

"Baik buruk. Dia tetap mak awak Franky. Mungkin dia ada alasan tersendiri. Mana tahu satu saat dia datang cari awak." Evolet seperti membela ibu Franky.

"Awak tak duduk dekat tempat saya. Awak takkan faham.Kalau dia ada, saya rasa tak perlu kut dia cari saya. Saya dah boleh hidup berdikari. Saya tak perlukan orang yang dah buang saya. Saya tak nak tahu pasal dia.Saya lahir dari tong sampah bukan dari dia." Evolet hanya diam tidak mahu memanaskan keadaan. Evolet yakin satu saat hati Franky akan terima keadaan sebenar.
Mungkin cara kehidupan Franky bermula nampak perit. Mana tahu masa akan datang ada pelangi selepas hujan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience