Bab 4

Other Completed 3450

Fikiran Franky melayang mengingatkan kata-kata Queenia petang tadi. Makin cuba nak lupakan makin dia dekati. Ah merepek semua ni.

"Franky, kenapa tak makan nasi tu?" tanya pak cik Alvin. Mak cik Jeslyn merenung tajam ke arah Franky.

"Rasa kenyang. Sebab tadi kawan belanja makan. Tak sampai hati nak tolak." bohong Franky. Mana mungkin dia mahu cerita tentang Queenia anak usahawan ladang teh yang berjaya mahu memikat hatinya.

"Kut iya pun jamah sikit." tegur mak cik Jeslyn.

"Sejak saya sampai tadi, saya tak nampak Nick. Mana dia Jeslyn?" Mak cik Jeslyn tersedak bila di tanya tentang anak lelaki mereka.

"Biasa la tu bang. Keluar dengan kawan-kawan dia la tu. Nanti dia lapar, balik la dia." Pak cik Alvin menggeleng kepala dengan sikap anak lelaki tunggal itu. Perangai makin menjadi.

"Awak nasihat dia sikit Jeslyn.Cuba jadi macam Franky. Saya tak tahu apa nak jadi dengan Nick tu. Kerja tak nak. Yang tahu nak duit." Franky hanya diam tidak mahu masuk campur hal mereka. Wajah mak cik Jeslyn masam mencuka bila ditegur oleh suami.

Sudah tiga hari Franky tidak ke sekolah. Sepanjang tiga hari itu Franky bekerja keras mencari wang. Tak lama lagi peperiksaan akan berlangsung. Nak ambil peperiksaan perlu membayar yuran.

Franky harus berusaha sendiri untuk membayar yurun tersebut. Franky tidak mahu menyusahkan pak cik Alvin.

"Franky." Queenia mendekati Franky.

"Lama awak tak datang sekolah.Awak pergi mana?Madam selalu tanya awak."
Franky rasa kurang selesa dekat dengan Queenia. Selepas Queenia memberi tahu isi hati yang Queenia sukakan dia.

"Awak tak perlu tahu. Ada apa awak kesini?" Queenia terasa hati dengan sikap Franky. Seolah-olah tidak suka dengan kehadiran dia.

"Nah, nota awak. Saya balik dulu." belum sempat Franky ucap terima kasih. Queenia sudah pergi. Merajuk ka.

"Haih lama tak nampak kau." tanya Carl.

"Busy cari duit." jawab Franky. Mereka semua duduk ditanah lapang.

"Kau dah makan belum?" Franky menggeleng. Bobby memang kawan yang sangat prihatin. Antara kami berlima Bobby paling matang. Walaupun umur kami semua sebaya. Bobby seolah-olah seperti abang mereka. Dia sangat-sangat menjaga kami .

"Aku dah order dekat Rockey makanan. Nanti kita makan sama-sama. Carl, Bard mana?" Carl ralit dengan telifon bimbitnya.

"Kejap lagi dia datang. Dia hantar mak dia kat airport." Bard dan Rockey anak orang berada. Tapi kehidupan mereka macam orang biasa. Mak Bard bukak bisnes tapi mak Bard jarang ambil tahu hal dia. Tiap- tiap bulan duit akan masuk ke akaunnya. Mak Bard dah leka dengan duit dan kejayaan beliau. Bak kata Bard dia rindu hidup susah sebab maknya akan selalu ada dengan Bard.Tapi sekarang dia makan atau tak mak Bard dah malas mahu ambil pusing.

Ayah Rockey pula bukak kedai judi di ibu kota. Rockey memang sangat kaya. Rockey seorang yang sangat merendah diri. Kadang-kadang bila teman Rockey ke ibu kota, Rockey pasti belanja kawan-kawannya bermain judi.

"Dah alang-alang semua dah ada dekat sini. Aku ada benda nak bincang dengan korang." lagak seperti serius apa yang ingin diperkatakan oleh Bobby.

"Haih Bobby lain macam bunyi ayat." kata Bard.

"Kita kan nak dekat exam. Apa kita pergi bercuti." mereka nampak teruja.

"Kita nak pergi mana?" Bobby tersenggeh-senggeh.

"Ada la. Rockey, nanti kita pergi dengan volkswagen campervan kau boleh? Baru meriah sikit.Nanti kita tong tong la minyak." Mereka semua bersetuju. Masing-masing tak sabar nak pergi ke tempat yang Bobby nak bawa.

"Weh, Franky. Aku nak duit. Nanti bila aku ada duit aku bayar balik." Franky buat tidak tahu. Umur tu dah 20 masih nak mintak duit. Kerja tak nak. Sibuk melepak. Lepas tu habis duit dekat judi. Tu tak sembang pasal minum. Dah tahu diri miskin nak minum macam orang kaya memang tak dapat la.

"Aku tak ada duit." Nick cekak kolar baju Franky.Dah la mintak duit orang lepas tu nak tunjuk samseng.

"Pehal kau bekira sangat dengan aku. Kau dengar sini.Kau tu menumpang ja tau dalam rumah ni." Dada Franky sudah bedebar. Sudah lama dia tahan sabar dengan sikap Nick. Franky sudah menggengam penumbuk.

"Nick!" jerkah Pak cik Alvin. Nick tak tahu yang ayahnya sudah pulang. Kolar baju Franky dilepaskan.

"Apasal perangai kau menjadi-jadi sekarang? Tak habis-habis nak bergaduh." marah Pak cik Alvin.

"Tapi dia yang mula dulu." tipu Nick. Franky menggeleng kepala.

"Bohong!Kau jangan ingat ayah tak nampak kau buat apa pada Franky. Hey! kau tak malu ka mintak duit dengan orang. Nak duit kerja bukan mintak pada orang. Franky tak pernah mintak duit pada ayah malah dia usaha sendiri. Kau yang besar gajah malas nak usaha."

"Ayah dari dulu pilih kasih. Ayah asyik lebih anak haram ni dari anak ayah sendiri."dengan lancangnya Nick bersuara.

Panggg

"Dasar anak nak tak guna. Aku tak pernah ajar kau rendahkan orang. Walaupun dia anak haram perangai dia lebih baik dari perangai kau tu!" Mak cik Jeslyn baru pulang dari kedai meluru ke bilik Franky kerana terdengar suara suaminya marah-marah.

Nick mengelap cecair merah yang mengalir ditepi bibirnya. Terasa begang telinganya. Sakit dipipi tak terasa, sakit lagi hatinya bila ayah membela Franky.

"Apa yang dah jadi bang?" Mak cik Jeslyn cuba memegang anaknya tapi di tepis. Nick keluar dari rumah dengan perasaan dendam. Kau tunggu Franky. Pertanyaan mak cik Jeslyn di biar tanpa jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience