Bab 2

Other Completed 3450

Franky bersiap-siap untuk ke sekolah. Buku-buku di atas meja dimasuk ke dalam beg. Sempat Franky memandang cermin melihat wajahnya. Berkulit putih, rambut kemas disikat, hidung mancung, kening lebat terbentuk, bermata koko, bibir merah delima.

"Handsome juga aku." Franky mengOmel sedirian. Tahap perasan dia tu boleh tahan.

"Franky! Franky! Franky!" jerit mak cik Jeslyn.

"Eh engkau pekak ke? Aku panggil apahal kau tak sahut." mak cik Jeslyn menunjal kepala Franky. Franky hanya diam.

"Kau tak payah pergi sekolah hari ni. Kau gantikan tempat aku di ladang teh. Aku nak ke bandar." Mak cik Jeslyn bekerja diladang teh milik daddy Queenia. Franky mengangguk lemah. Semangat kian menghilang untuk belajar sudah banyak mata pelajaran yang dia tertinggal.

Franky seorang pelajar yang cerdik. Walaupun dia jarang ke sekolah, keputusan peperiksaan Franky cermerlang. Nak tak nak terpaksa dia belajar sendiri dirumah berbekal buku rujukkan yang dipinjam dari perpustakaan.

"Franky." Panggil Queenia. Franky sedang berehat di bawah pondok bertemankan teh sejuk. Semua pekerja sudah pulang kerana sudah lewat senja. Tinggal dia sendirian mengambil angin petang.

"Awak buat kat sini?" risau hatinya jika terlihat dek daddy Queenia.

"Ini kan ladang teh daddy. Saya tak boleh sini ka?" Franky turun dari pondok. "Eh awak nak ke mana?"

"Waktu kerja dah habis saya nak balik." Queenia menyekat jalan Franky.

"Nah, ni nota dan kerja sekolah awak perlu buat." Franky mengambil kertas yang disua oleh Queenia.

"Terima kasih." Franky berjalan meninggalkan Queenia.

"Awak, jangan lupa besok datang sekolah." Jerit Queenia. Franky mengangkat tangan tanda Ok.

"Auch" Franky terlanggar seorang gadis.

"Ops.. sorry.. sorry." Franky mengutip barang-barang yang terjatuh kepunyaan gadis tersebut.

"Oh it's okay." gadis itu tersenyum manis. Franky menyuakan plastik milik gadis itu. "Thanks." gadis itu berjalan meninggalkan Franky.

"Woi kau pandang apa sampai tak berkedip mata." tanya bobby. Franky terserentak.

"Tak ada apa. Jom la balik."Franky menarik tangan Bobby.

Hari ini Franky dan Bobby lewat ke sekolah. Sempat Bobby sogok pegawas sekolah supaya tidak menulis nama mereka.

Mereka berdua tiba di kelas. Mujur tiada guru yang masuk.

"Korang pergi mana? Apahal lambat?" tanya Rocky. Bard dan Carl mengkerumuni tempat duduk Franky dan Bobby.

"Kau macam tak kenal Bobby. Nak kena belai baru nak bangun." mereka ketawa. Bobby kalau tidur memang sangat susah nak kejut.

"Aku penat kerja. Korang apa tahu." Bobby membela dirinya bila di bahan.

"Ah, engkau terpernah kata tak penat. Dapat bantal. Bom meletup dekat sebelah tak dengar." Sampuk Carl. Pernah sekali kitaorang sambut christmas. Orang sibuk tembak bunga api dia rilek boleh tidur dah la bising.

"Morning class. Today i bring new friend untuk kamu semua. Evolet boleh kenal diri kamu." Evolet tersenyum manis.

'Macam pernah nampak.Dia yang aku langgar masa dekat mall hari tu kalau tak salah.' detik hati Franky.

"Selamat pagi. Hai saya Evolet. Saya selamat berkenalan semua." Murid lelaki dalam kelas itu bagai terpukau dengan kejelitaan Evolet. Tak kurang ada bunyi siulan nakal dari geng Franky. Franky melihat Evolet. Dada berdebar. Nampak cantik dan sopan detik hati Franky. Queenia mengerling ke arah Franky. Hatinya tergugat dengan kedatangan Evolet. Perasaan cemburu mula terbit dihati.

"Evolet, awak boleh duduk di tepi Suzy." Kebetulan Evolet duduk hadapan Franky. Makin membara hati Queenia.

"Ok mari kita mula pelajaran kita." semua murid di dalam kelas sedang fokus belajar.

"Queenia!" Queenia tersedar dari lamunan. Itu la sibuk lagi fikir lagi pasal Franky dan budak baru tu. Kan dah kena marah.

"Apa yang awak beragan Queenia? Tolong fokus." Franky melihat wajah cemberut Queenia. "Sorry madam."

"Saya nak ingatkan pada kamu semua. Semua orang dekat dunia ni ada masalah. Tolong jangan bawa masalah kamu ke sekolah. Sebab ia menggangu kamu punya fokus. Saya nak semua anak murid saya berjaya. Berhenti berfikir tentang cinta. Kamu masih muda. Perjalanan kamu masih jauh.Belajar pandai-pandai. Dapat kerja bagus-bagus lepas tu baru fikir cinta. Kalau hidup dengan cinta tu takkan kenyang. Bahagia tu hanya seketika. Biar seiring cinta dan kerjaya. Paham." Queenia bagai terpukul dengan kata-kata madam. Dah tak pasal-pasal satu kelas kena ceramah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience