Bab 13

Other Completed 3450

Lima tahun berlalu..

Dalam masa lima tahun, pelbagai dugaan yang mendatang. Segala onak duri dia lalui kehidupan di usia muda. Namun itu semua bukan pengakhiran tapi permulaan kehidupan. Sebagai manusia kita bersiap sedia dalam apa jua keadaan. Sifat sabar selalu Franky tekankan dalam kehidupan.

Franky sekarang bukan lagi seperti dahulu. Dia seorang manager di pasar raya terkemuka. Dari angkat barang susun dekat stor sampai la dia berjaya duduk didalam ofis. Dulu dia hanya berjalan kaki untuk kemana saja tapi sekarang dia sudah memiliki sebuah kereta serta rumah.

"Encik Franky ada orang nak jumpa. Dia tunggu Encik Franky dekat ofis." Franky sedang sibuk memantau pekerjanya.

"Ok. Kejap lagi saya naik." Pelik. Siapa pula yang nak jumpa dia. Rasanya dia tak ada temu janji.
Franky segara naik ke Ofis.

"Maaf sebab lama menunggu. Ada ya yang boleh saya bantu?" Wanita itu hadiahkan senyuman manis.

"Patutnya yang mintak maaf sebab menganggu Encik Franky. Mesti Encik Franky tertanya-tanya macam mana saya boleh kenal encik kan?" Franky mengangguk.Seingat dia, dia tidak pernah berjumpa dengan wanita dihadapannya ini.

"Saya Branny. Saya datang ke sini atas arahan Boss saya iaitu Puan Veyn. Dia jemput Encik Franky ke rumahnya kerana ada majlis tertutup untuk orang-orang yang penting." orang-orang penting? Maksud aku penting bagi dia? Tapi macam dia boleh aku?

"Veyn? Veyn yang model tu ka?" Branny memberikan senyuman.

"Ya. Saya harap Encik Franky dapat ke sana." Masa dia berumur dua belas tahun Veyn seorang model. Dia cukup terkenal, rupa parasnya sangat cantik dan digilai ramai orang terutama lelaki. Tak kira tua muda. Veyn menjadi idola setiap gadis. Sikapnya yang merendah diri serta suka beramal membuatkan dia kerap masuk tv serta majalah. Namun di sebabkan gosip. Veyn menghilangkan diri disaat namanya disanjung.


Franky keluar dari kereta. Dia betul-betul berdiri betul-betul di rumah agam milik bekas model iaitu Veyn. Cantik. Kereta mewah tersusun digaraj. Franky menelan air liur. Namun dia terkedu, melihat kereta milik Bobby juga ada disitu. Adakah Bobby orang terpenting juga pada Veyn. Pelbagai persoalan menerjah di ruang mindanya.

Suara anjing kedengaran. Seekor anjing berlari menuju ke arahnya. Franky tersenyum. Dia membelai. Macam pernah nampak anjing ni. Bukan anjing ni ka masa dekat taman dulu.

"Jemput masuk Encik Franky." Wanita separuh abad menghadiahkan senyuman untuk Franky. Bukan aunty ni ka yang aku jumpa dekat taman sekali dengan ni. Apahal malam ni banyak tanda tanya. Franky mengikut wanita itu.

"Franky." Bobby dan Franky berjabat tangan. Evolet juga ada. Lupa nak cerita. Bobby dan Evolet sudah mendirikan rumah tangga. Tahun lepas.Mempunyai anak perempuan comel seperti Evolet. Dia tak sempat pergi ke majlis perkahwinan Bobby kerana ada urusan diluar negeri.

"Kau buat apa dekat sini?" Namun pertanyaan itu tak di jawab.

"Franky. Selamat kembali." Veyn memeluk Franky. Selamat kembali? Apa maksud Veyn?

"Apa kata kita makan dulu. Nanti kita sembang lain." Terpaksa Franky layani. Memang dia lapar tapi bila dia sampai sini. Dia jadi kenyang dengan apa yang berlaku sekarang.

"Kenapa jamah sikit sangat? Tak sedap ka mummy masak?" Bagai tertelan pasir dibuatnya. Franky makin serabut. Dia mahu cepat-cepat pulang ke rumah.

"Terima kasih sebab Franky sudi datang rumah mummy. Mummy dah lama nak jumpa Franky." Franky memandang Evolet dan Bobby.

"Dari mula saya sampai ke sini saya rasa pelik. Lebih baik Puan Veyn beterus terang saja. Apa tujuan Puan Veyn mintak saya datang ke mari." Franky sudah tidak betah disini.

"Sebenarnya Franky. Franky ni anak mummy." mata terus berpinar. Apa semua ni? Sungguh dia tidak mengerti.

"Puan Veyn ni salah orang agaknya. Saya tak ada mak. Perkataan Mak pun dah tak ada dalam kamus hidup saya." Franky menghembus nafas. Memang benar dia tak ada mak. Dia lahir dari tong sampah. Bukan dari rahim seorang ibu. Dia kecewa. Kecewa dengan sikap manusia. Disebabkan nafsu dia buang seperti kian buruk.

Bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience