Bab 16

Other Completed 3450

"Queenia! Queenia! Saya tahu awak kat dalam." jerit Franky. Queenia ada di balik pintu.

"Saya takkan balik selagi awak tak dengar penjelasan saya." Hati Queenia berdegup kencang. Dia rindu lelaki itu. Tapi dia tidak mahu menjadi orang ketiga.

Jam menunjukkan pukul lapan malam.Sudah tujuh Franky menunggu Queenia.Tiada tanda-tanda Franky mahu berganjak dari perkarangan rumahnya. Terbit rasa kesihan dihati. Pintu pagar. Franky masuk ke dalam rumah Queenia.

"Duduk la. Kejap saya pergi buat air." Franky melihat tubuh Queenia yang mehilang di balik dapur. Franky menarik nafas lega kerana Queenia masih memberi ruang untuk menjelaskan segala-galanya.

"Minum la dulu." Franky meneguk air yang diberi oleh Queenia.

"Budak yang saya bawa tadi bukan anak saya tapi anak ..." belum sempat Franky menghabiskan kata-kata Queenia menyampuk.

"Sudah la Franky. Saya terima dengan apa jadi. Kita move on. Awak dah ada keluarga awak sendiri. Balik la. Ada insan yang terpenting yang menanti awak." Franky tepuk dahi.

"Saya belum cakap habis lagi."

"Awak nak cakap apa lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Dah balik la." Queenia sudah mengalirkan air mata.

"Budak yang saya bawa tu anak Bobby dengan Evolet. Terpulang pada awak nak percaya atau tidak. Saya balik dulu." Franky baru hendak melangkah kaki keluar dari rumah Queenia. Namun tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Saya mintak sebab salah sangka dengan awak. Cukup la lima tahun buat saya terus menanti awak." Franky tersenyum bahagia. Franky mengelap air mata Queenia.

"Jangan pernah menangis dihadapan saya. Kerna tangisan awak buat hati saya sakit." Queenia tersenyum malu.

"Tapi kenapa awak tak cakap awal-awal yang budak tu anak Bobby dengan Evolet. Membazir ja air mata saya." Queenia memukul manja badan Franky. Susah la nak faham perempuan ni. Kita punya beriya nak explain tapi sibuk dia nak sampuk apa yang kita nak cakap. Pastu salah kan kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience