Bab 1

Other Completed 3450

"Mak cik, sakit. Saya janji saya tak buat lagi" rintih Franky. Aku buat salah atau tak. Aku tetap akan dipersalah oleh mak cik Jeslyn. Daripada kecik sampai besar cakap je la apa yang terpernah hinggap dekat badan aku. Pernah aku lari dari rumah. Tapi kalau lari sehingga hujung dunia sekalipun, mana aku nak tinggal. Nak tak nak aku kena tinggal di rumah nereka tu.

"Kalau aku dapat tahu kau cerita apa yang aku buat dekat kau. Tahu la nasib kau." Franky menangis dihujung penjuru. Badannya bebirat dengan bekas tali pinggang milik pak cik Alvin.

Pak cik Alvin jarang ada dirumah kerana sibuk dengan urusan kerja luar. Seminggu sekali baru dia balik ke rumah.

Pernah juga pak cik Alvin melihat lebam-lebam dibadannya.Belum sempat Franky memberi tahu apa-apa, mak cik Jeslyn mencelah, "Apa lagi bang kalau tak bergaduh. Biasa la budak baru nak membesar." Mak cik Jeslyn mengusap lembut kepala Franky. Mak cik Jeslyn akan menjadi manusia sebaik malaikat bila pak cik Alvin ada di rumah. Pandai sungguh mak cik Jeslyn berlakon.

Banyak benda aku belajar bila hidup tanpa mak ayah. Aku pandai hidup berdikari.Sungguhpun usia aku baru belasan tahun.

Rasa sakit kena pukul tu dah biasa bagi aku. Aku seorang pendiam. Banyak cerita aku pendam, aku simpan. Tak semua orang tahu tentang cerita aku di dalam rumah neraka tu. Aku banyak bersabar dengan sikap mak cik Jeslyn dan Nick. Siapa la aku di mata mereka hanya anak haram yang menumpang tanpa mereka rela.

"Franky, jum la makan. Aku ada beli nasi." Hilang lamunan Franky dek panggilan Bobby.

Bobby adalah kawan pertama yang aku pernah kenal. Bobby pernah tolong aku masa kena kacau dengan budak-budak jahat dari situ kitaorang boleh kenal.

"Aku dengar Nick kena tangkap dengan polis?" Franky baru hendak suapkan nasi kedalam mulut, terhenti."

"Haah. Dia pukul budak mana entah. Mak dia suruh suruh aku pinjam duit Brayan sebab nak jamin Nick." semalam mak cik Jeslyn paksa dia mintak pinjam duit Brayan, bos tempat dia kerja.

"Tu la aku dengar budak-budak cerita. Teruk juga la Nick belasah budak tu. Habis kau mintak tak duit dengan Brayan." Franky menggeleng.

"Aku dah banyak hutang dengan Brayan. Gaji aku dah banyak kena tolak sebab hutang-hutang lama. Takkan aku nak kerja selama-lamanya dekat carwash tu sebab nak langsaikan hutang." rasa terbit dihati Bobby. Bukan dia tak tahu kisah hidup Franky. Dia sendiri tak mampu nak tolong bab kewangan. Dia kerja pun cukup-cukup makan.

Franky sedang mengemas barang-barang. Siang dia bekerja di kedai carwash. Malam dia busking dibandar. Alex menyiku lengan Franky. Franky mengangkat kening.

"Awek kau dah datang." Queenia berjalan menuju ke arah Franky. Senyumannya tak lekang dibibir. Franky mengeluh.

"Hai awak." Franky tersenyum paksa.

"Ya hai." Franky menggalas gitarnya.

"Geng, aku chaw dulu. Besok kita jumpa." Franky berjalan dengan langkah panjang. Seolah-olah tidak selesa dengan kehadiran Queenia.

"Awak jangan jalan laju sangat. Saya pakai heel ni." tergocoh-gocoh Queenia mengikut langkah Franky.

Buk... Queenia menangis. Dia terjatuh. Rasa sakit dibahagian kakinya. Franky merengus.

"Awak kenapa ikut saya? Tengok kan dah jatuh. Tak pasal-pasal dapat sakit." Queenia menggelap air mata.

"Awak tu jalan cepat sangat siapa suruh." Franky merenung Queenia. Queenia menundukkan wajah.

"Berapa kali saya pesan, jangan cari saya. Duduk di rumah belajar. Apa yang saya ada sampai awak beriya nak dekat dengan saya. Tolong Queenia saya tak ada masalah dengan siapa termasuk Adalson ." Franky rimas dengan sikap Queenia. Mana dia pergi pasti ada Queenia. Lagi satu bukan dia takut dengan Adalson cuma dia tak mahu bergaduh disebabkan perempuan. Bukan dia tak tahu Adalson bagaimana orangnya ,sikap membuli serta kaki pukul.

"Saya dengan Adalson tak ada apa-apa. Saya suka awak. Saya nak berkawan dengan awak. Salah ka?" Franky menelan air liur. Bukan dia tak nak berkawan dengan Queenia. Queenia dan dia ibarat enggang dengan pipit, langit dengan bumi. Kehidupan Queenia jauh lebih indah dari dia. Mana mungkin dia layak berkawan Queenia. Bukan nak merendah diri. Tapi begitu la sikap kebanyakkan orang-orang kaya di sini.

"Dah pergi balik. Saya dah panggilkan teksi." Franky memimpin Queenia sehingga sampai ke pintu teksi. Wajah Queenia langsung tak dipandang. Teksi bergerak hingga hilang daripada pandagan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience