Bab 7

Other Completed 3450

"Buat masa ni, kau tinggal la dulu dekat sini." Bobby simpati dengan apa yang terjadi kepada Franky.

"Bab duit nak bayar yuran exam. Kau jangan bimbang aku boleh tolong." Franky mengeluh. Dia menggeleng kepala.

"Tak payah la. Susahkan kau ja. Lagipun aku dah banyak terhutang bab duit dengan kau. Aku dah tak ada hati nak ambil peperiksaan. Sekarang aku cuma fikir nak cari duit." Dia betul- betul rasa putus asa dengan apa yang terjadi. Sungguh dia kecewa. Sampai hati Nick mencuri duitnya.

"Apa yang kau cakap ni Franky. Kita dah janji nak berjaya sama-sama. Apa kau dah lupa?" tegur Bobby.

"Betul kata Bobby tu Franky. Apa guna sahabat kalau aku tak boleh tolong kau. Duit yang sebelum ni,itu terpulang kau nak bayar ka tak. Bagi aku persahabatan kita lagi bernilai dari wang." Rockey memeluk bahu Franky.

"Terima kasih. Sebab ada dengan aku time susah senang."

Franky menunggu Queenia.Dah dekat setengah jam dia duduk di cafe. Franky baru berkira ingin pulang.

"Sorry lambat." Franky tersenyum. Selepas pulang dari camping hari tu hubungan mereka menjadi akhrab.

"Ingat tak datang tadi. Saya baru ingat nak balik." ada nada rajuk disitu.

"Ala sorry la. Adalson datang rumah tadi." Berubah wajah Franky mendengar nama Adalson. Lelaki playboy,kepala gengstar disekolah.

"Hmm ada apa awak nak jumpa saya ni?" Franky mengubah topik. Beg kertas dihulur kepada Franky.

"Bukak la." Franky terkejut melihat telifon pintar.
" Ini hadiah untuk awak. Susah la awak tak ada telifon. Saya nak cari awak susah." memang dia akui dia tidak pernah memiliki telifon. Bukan dia tiada duit untuk membeli. Tapi dia rasa ada yang penting yang dia harus memiliki dari membeli telifon.

"Tapi handfon ni mahal. Nanti kalau daddy awak tahu mesti dia marah."

"Nak marah kenapa? Duit saya. Don't worry." Queenia buat isyarat zip mulut sambil buat muka comel. Franky tersenyum.

"Carl, cuba-cuba la pergi cari adik kau tu. Dah dua hari tak balik rumah." Mak cik Rinna resah bila anak gadisnya tidak pulang ke rumah gara-gara bertengkar dengan abangnya Carl.

"Biar la dia mak. Nanti pandai-pandai la dia balik rumah. Kan dia cakap dia besar. Jantan tu boleh bela dia. Biar ja la."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience