Bab 15

Other Completed 3450

Queenia sibuk melayan pelanggan yang datang ke kedainya. Semenjak peristiwa hitam itu berlaku Queenia bangkit untuk meneruskan kehidupannya.

"Papa, Greg nak makan kek." tangan Franky ditarik masuk kedai Bakery Itlian.

"Greg, kita balik. Papa ada meeting sayang. Papa promise, next time papa beli kek untuk Greg yang besar." baru sahaja setiausaha Franky memberitahu dia perlu hadir dalam fesyen show amal untuk anak-anak yatim.

"Tak nak, Greg nak sekarang." Greg seperti mahu menangis. Franky sudah gelabah. Mahu tak mahu Franky terpaksa mengikut kehendak Greg.

"Selamat datang ke kedai Bakery Italian." kata penjual itu.

"Papa, Greg nak kek velvet." Penjual itu tersenyum melihat telatah Greg.

"Bagi saya pavlova dan kek velvet." Greg tersenyum riang apabila mendengar Franky memasan kek kesukaannya.

"Bagi cappacino dua." Franky memandang wanita yang memasan air itu. Franky menelan air liur. Wanita itu juga tergamam.

"Queenia."

"Franky."

"Kenapa diam?" Queenia tak bersuara sejak dari tadi. "Awak marahkan saya? Kalau saya ada buat salah saya mintak maaf."

"Ya, memang saya marahkan awak. Awak lupa apa janji awak. Lima tahun Franky, lima tahun saya tunggu awak. Puas saya cari awak." Air mata Queenia menggalir. "Dalam lima tahun tu macam-macam saya hadap."

"Saya mintak maaf. Saya tak ada niat nak buat awak tertunggu. Saya cuba cari awak setahun lepas. Jiran-jiran cakap awak dan keluarga dah pindah. Saya cuba mintak alamat baru. Tapi mereka tak tahu." Setahun lepas Franky ada mencari Queenia tapi tak ketemu. Franky terpandang gelang yang dipakai Queenia. Gelang itu Franky beri pada Queenia.

"Papa, Greg nak balik." Queenia tergamam mendengar budak kecil itu memanggil Franky dengan perkataan "papa"

"Jadi setahun yang awak cari saya tu awak nak jemput saya datang ke majlis perkahwinan awak la? Memang betul la kata orang, saya ni hanya syok sendiri. Penantian saya langsung tak dihargai. Terima kasih Franky." Queenia meninggalkan Franky.

"Queenia! Tunggu dulu." Franky berlari untuk mendapatkan Queenia. Greg pula menangis kerana ditinggalkan Franky. Franky berpatah balik mengambil Greg. Namun dia hilang jejak Queenia.

"Kau pahal ni? Monyok je." Tanya Bobby. Greg berlari ke dapur.

"Tadi aku Queenia."

"Serius ah? Pastu apa jadi?" Bobby seperti teruja ingin mengetahui cerita kawan baiknya merangkap abang ipar.

"Anak kau punya hal la. Panggil aku papa. Aku dah cakap dari dulu jangan ajar Greg panggil aku papa. Pasal kau orang laki bini la saham aku tak naik-naik. Kau orang dah beranak pinak. Aku still sorang-sorang." Bobby ketawa berdekah-dekah.

"So Queenia ingat Greg tu anak kau la?"

"Yela. Sekarang mana aku nak cari dia. Dah la makin lawa. Kau orang punya pasal la ni. Hmm melepas aku." Hujung ayat bernada sedih.

"Rumah dia hujung taman ni ja. Bukan jauh pun."

"Kau ingat kelakar?" sempat lagi Bobby nak main kan dia.

"La aku tak buat lawak la. Aku tak cerita dengan kau ke? Dah dua minggu dia pindah duduk situ."

"Kau suka sangat macam ni. Apahal tak bagitahu awal-awal?" Bobby tersegeh. Suka buat orang marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience