Bab 3

Other Completed 3450

"Hai Evolet" Bobby dan Carl tersegeh-sengeh macam kerang busuk. Mentang-mentang Madam Ghena dah keluar. Mula la tu naik ulat bulu. Franky malas mahu melayan mereka. Evolet tersenyum.

"Saya Bobby. Ini kawan-kawan saya. Ini Bard, yang ini Rocky, yang ni.. " belum sempat Bobby memperkenalkan Carl, dia terlebih dahulu memberitahu dengan penuh gaya machonya.

"Saya Carl. Lelaki kegilaan perempuan disekolah ini. Tapi buat masa sekarang tak ada siapa yang berjaya duduk dihati saya. Tak tahu la lepas ni kalau-kalau bidadari secantik awak dapat tawan hati saya." Mereka buat muka nak muntah. Evolet hanya tersenyum. Carl memang terkenal dengan sikap kaki perempuan. Patang nampak perempuan lawa. Mula la datang sawan gatal tu.

Evolet memandang Franky. "Muka awak macam familiar."

"Ini Franky." sampuk Carl.

"Saya yang langgar awak masa dekat mall hari tu." Evolet cuba mengingati saat pertemuan mereka.

"Oh ya. Patut la macam pernah nampak." Kawan-kawan Franky memandang pelik kearah dirinya dan Evolet.

"Korang dah pernah kenal ka?" tanya Bard. Mana taknya masing-masing duk throwback zaman silam.

"Masa tu aku keluar dengan Bobby. Bobby pergi toilet. Aku terlanggar dia masa aku tengah tengok baju. Tak ada la kenal. Baru sekarang aku tahu nama dia." Cerita Franky. Bukan apa diorang ni kalau tak cerita mula la nak buat andaian bukan-bukan.

"Oooo... aku tak ada sempat ek kau buat drama." tambah Bobby sengaja mahu mengusik Franky.

"Engkau ni biar la dorang. Mana tahu jodoh." mereka ketawa sakan. Franky menggeleng kepala. Wajah Evolet sudah berona merah.

"Awak jangan dengar apa yang diorang cakapkan. Diorang memang kuat mengusik." Evolet tersenyum simpul. Franky terpandang Queenia. Queenia buat muka tak puas hati. Franky buat tak tahu.

Franky berjalan ditepi taman. Bobby mengajaknya ke bandar tapi dia menolak kerana dia mahu pulang awal. Hari ini pak cik Alvin pulang. Puas mak cik Jeslyn beleter bila bercakap dengan pak cik Alvin melalui telifon. Dah dekat sebulan pak cik Alvin tak pulang. Selalu seminggu sekali. Katanya banyak projek perlu siapkan.

Franky pernah nampak pak cik Alvin bagi duit kepada mak cik Jeslyn. Tapi duit tu dia tak pasti kemana. Bila ada duit mak cik Jeslyn akan keluar, tiga hari baru balik rumah. Rockey pernah cakap dia pernah nampak mak cik Jeslyn main judi di kota. Tapi jarang menang. Bila kalah mak cik Jeslyn tak mampu nak bayar. Mak cik Jeslyn serah tubuh sebagai ganti.

Franky pun tak pasti nak percaya atau tak. Kalau betul sekali pun siapa dia nak tegur. Belum cakap lagi tapak tangan dah naik ke muka. Bukan dia tak berani nak melawan tapi terkenangkan jasa pak cik Alvin yang mengambilnya sebagai anak angkat mana sanggup dia menjadi kacang lupakan kulit. Franky akan pastikan suatu hari nanti dia akan pergi dari sini.

"Franky!" Franky mencari wajah yang memanggilnya.

"Queenia. Kenapa mata awak merah." Franky terkejut melihat mata Queenia nampak merah dan bengkak.

"Awak ni kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni?" Franky terpingga-pingga.

"Saya buat apa dekat awak? Saya tak pernah sentuh awak apatah lagi pukul." Queenia mengelap air mata.

"Siapa cakap awak tak buat apa² dekat saya? Awak tahu tak, awak dah buat saya jatuh cinta dekat awak. Awak dah sentuh hati saya. Awak dekat-dekat dengan budak baru tu,saya cemburu tahu." Franky tergamam. Betul la kata kawan-kawannya Queenia suka kan dia. Tak sangka Queenia berani berterus terang.

"Awak tahu kan siapa saya. Saya tak layak untuk mana-mana perempuan termasuk awak." Queenia memeluk Franky. Franky kaget. Bajunya terasa basah dengan air mata Queenia.

"Walaupun latar belakang keluarga awak tak jelas saya tetap sayang awak. Biarpun awak digelar anak haram cinta saya tak pernah sedikit pun berkurang tapi makin bertambah." Franky menelan air liur. Queenia benar-benar sukakan dia. Kepalanya pusing. Harap ini semua mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience