Bab 14

Other Completed 3450

"Tapi mummy, mummy Franky. Percaya la nak. Mummy mintak maaf dengan apa yang jadi. Mummy tak ada niat nak buang Franky. Mummy terpaksa." Puan Veyn sudah menangis tapi ditenangkan oleh Evolet.

"Betul Franky. Mummy yang kandungkan awak. Sebenarnya masa saya pindah ke sekolah tu, mummy nak dekat dengan awak. Kita orang nak bawa awak tinggal sekali. Tapi mummy takut yang awak tak boleh terima. Dan sebenarnya saya kakak tiri awak. Papa kahwin dengan mummy sebab nak jaga maruah mummy masa mummy kena gosip dulu." Franky pandang Bobby.

"Jadi kau pun tahu la hal ni? Aku respect kau bro. Tapi kenapa kau rahsia kan benda ni?" marah Franky.

"Ok. Aku ngaku aku salah . Aku memang nak bagi tahu kau. Tapi asal aku nak cakap pasal mummy kau mesti tukar topik. Cuba kau dengar apa yang mummy nak cerita. Mungkin dia alasan tersendiri buat semua benda ni." Franky senyum sinis.

"Kau cuba bagi tahu aku, alasan apa weyh? Kau tahu tak mak aku sanggup buang aku dalam tong sampah. Kau rasa? Aku boleh terima ke dengan kata maaf ? Korang tak rasa apa yang aku rasa sepanjang aku hidup. Aku kena maki, aku herdik. Puncanya sebab aku anak haram. Semua orang pinggirkan aku. Aku hidup dekat rumah nereka tu, tak ada sapa peduli. Badan ni penuh dengan parut. Mak mana tak sayang anak konon tapi hakikatnya campak aku dalam tong. Sebab nafsu korang yang tak boleh kawal tu aku jadi mangsa. Bodoh sial hidup ni. Apahal aku boleh terjebak dalam situasi korang.Patutnya Puan bunuh saja saya dari dulu. Saya pun tak ada nak cakap kurang ajar dengan puan macam ni." Amarah Franky sudah kemuncak. Apa yang terbuku dihati, Frabky lepas kan.

"Mummy mintak maaf. Mummy betul-betul menyesal dengan perbuatan mummy dulu. Mummy tak ada pilihan. Mummy takut, malu sebab mummy mengandung anak." Veyn menangis teresak-esak.

"Menyesal mummy tu tak boleh nak undurkan masa. Pilihan tu setiasa ada mummy. Tapi mummy yang pilih buang saya. Dah buang lepas tu cari balik. Mummy ingat saya sampah boleh di kitar semula? Masa buat ada mummy fikir malu? Sudah la saya dah penat. Penat hidup dengan drama. Puan anggap saja la yang anak puan buang dulu dah mati." Franky baru saja hendak melangkah pergi. Namun namanya diseru.

"Tunggu Franky." Pak cik Alex turun dari tangga.

"Pak cik Alex." Sudah benar dia tidak berjumpa dengan Pak cik Alex.

"Pak cik mintak maaf dengan apa yang jadi. Pak cik mengaku pak cik bersalah dalam hal ni. Akibat keterlajuran pak cik dengan mummy. Franky jadi mangsa. Pak cik mintak maaf sebab tak menjaga Franky dengan sempurna. Tiap-tiap bulan pak cik ke luar kota tu sebenarnya tak, pak cik tak pergi. Pak cik ada dengan Veyn. Selepas papa Evolet meninggal, Pak cik yang Veyn.Pak cik ada pulang ke rumah, pak cik nak ceritakan segala-galanya.Tapi mak cik kau cakap kau dah lari rumah. Puas pak cik cari kau. Tapi tak jumpa. Tapi Evolet jumpa kau dekat pasar raya hari tu. Pak cik dah mula upah orang untuk ikut kau. Setiap perkembangan kau Veyn orang pertama yang akan tahu. Pak cik tahu kau anak yang baik. Setiap manusia yang ada dekat muka bumi ni pernah buat salah. Tapi tak bererti tiada maaf buat dia. Dalam kehidupan ni dua benda utama yang kita akan rasa bahagia dan derita. Orang cakap biar kita rasa derita dulu bahagia tu kemudian. Jangan bahagia lepas derita. Mungkin saat ni Franky akan rasa nikmat bahagia. Sebab Franky dah lalui derita." Franky keluar dari rumah agam tersebut.Sukar untuk dia terima semua ini. Mudah untuk berkata-kata, pahadal hakikat semua dia merasa. Ah kejam kehidupan ini. Jadi selama ini aku anak Pak cik Alex? Apa semua benda ni? Semua boleh buata aku gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience