Bab 8

Other Completed 3450

Hari ini Franky dan Queenia berjalan di ibu kota. Maklum lah peperiksaan sudah habis. Mereka berjalan beiringan tak ubah seperti pasangan kekasih. Bergurau senda, bertepuk tampar. Tanpa mereka sedar ada yang memerhati gerak geri mereka.

"Franky.." panggil Queenia dengan suara yang manja.

"Ya? Kenapa?" Queenia memandang Franky sampai merah wajahnya. Queenia ketawa.

"Comel la awak ni. Orang tengok sikit ja muka awak sampai blushing pipi."

"Blushing-blushing ni la ada orang tergila-gila kan kita tau. Yang jelous tak cerita lagi. Haih susah jadi orang handsome ni." Franky buat gaya macho. Queenia menggetap bibir. Lengan Franky ditampar. Franky ketawa.

"Suka tau perli-perli." Queenia menjeling manja.

Hari ini Queenia terasa sangat dapat luangkan masa bersama Franky. Sungguh saat ini yang selalu menjadi bayangan akhirnya menjadi kenyataan. Senyuman Queenia tak lekang di bibir.

"Pergi mana? Kenapa dah malam baru balik? Lupa jalan nak balik rumah ka ?" Queenia kaget mendengar suara garau milik daddynya.

"Orang keluar dengan kawan." Queenia menelan air liur melihat wajah daddynya gaya macam singa tengah lapar.

"Kawan mana? atau budak miskin yang tinggal di rumah setinggan tu?" Pak cik Quashawn cukup tidak berkenan anaknya berkawan dengan orang sebarangan. Baginya Queenia harus berkawan dengan orang setaraf dengan mereka.

"Walaupun dia miskin harta tapi dia baik." Queenia cuba membela Franky. Pak cik Quashawn senyum sinis.

"Baik kau cakap? Eh kau kalau keturunan dia berlatar belakang perangai tak elok kau ingat anak dia bagus? Silap-silap nanti kau pun mengandungkan anak haram." dengan lancang seorang bapa berkata sedemikian kepada anaknya.

"Daddy. Queenia ni anak daddy sampai hati daddy cakap tu. Daddy bukan tuhan nak tentukan dia baik atau buruk. Cermin diri dulu, baru nilai." merah muka pak cik Quashawn bila Queenia berkata ayat pedas.

"Dah pandai sekarang memjawab semenjak berkawan dengan anak dengan haram tu. Hey kau dengar baik-baik. Kalau kau nak terus tinggal disini jangan berkawan dengan dia. Kalau tak kita pindah keluar negeri." Queenia berlari masuk ke kamar. Saat bahagia mula menjengah ada jeraji cuba menghalang. Queenia menangis.Dia sedih dengan sikap daddynya yang pentingkan harta daripada bahagia. Sebab itu mummy boleh mati. Sebab daddy terlalu kejar harta sampai mummy sakit daddy tak ambik peduli.

"Hai lama kau tak datang lepak?" Bobby tersengeh melihat Franky. Di tahu Franky sedang dilamun cinta selepas pulang camping hari tu.

"Mana dia nak lepak dengan kita dah. Dah awek. Kita tak boleh bagi apa dekat dia. Lain la Queenia." perli Carl. Franky hanya diam.

"Pehal kau cakap tu Carl?" tegur Bard. Dia cukup kurang berkenan dengan sikap Carl, selalu buat orang marah. Bila marah mula la kata tak sayang.

"Tapi memang betul pun kan? Mula handfone lepas tu duit last sekali body." Franky terus menerkam ke arah Carl.

"Dari kita pergi camping lagi kau cari pasal dengan aku. Kau apahal Carl. Apa benda kau tak puas hati dengan aku?"Rockey cuba menahan Franky.

"Memang aku tak puas hati dengan kau. Dari mula aku kenal kau. Aku dah rasa menyampah. Bila kau join group kita orang, semua dah tak peduli pada aku. Kau datang semua mula berubah. Aku suka Queenia tapi bila dia pandang kau. Aku dia lupa. Datang Evolet, pun kau caras. Semua perempuan kau nak. Sebab kau juga adik aku kena tinggal Adalson. Dia tercabar bila kau rapat dengan Queenia." Franky tak sangka. Orang yang dianggap sahabat rupanya menganggap dia sebagai musuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience