Bab 12

Other Completed 3450

"Sorry bro. Aku lambat. Aku hantar Evolet tadi." Bobby tersengeh-sengeh. Dia ingat kelakar. Ini kalau sejam lagi aku tunggu mau kulit macam bontot kuali.

"Sekarang dengan Evolet kemain lagi kau eh?" Bobby ada cerita padanya yang Evolet sudah menjadi pasangan kekasihnya. Franky tidak kesah asalkan korang bahagia.

"Mana ada biasa-biasa saja. Kau nak gerak balik bila?" sudah seminggu dia disini. Bos tempat kerja Franky sudah bertanya bila dia mahu masuk kerja kerana kekurangan staff.

"Besok dalam pukul sepuluh macam tu. Sebab petang aku kerja." berat hatinya mahu pulang. Tapi apakan daya tiada erti lagi dia di sini.

"Aduh." bahu Franky dilanggar Adalson. Adalson memandang sinis kepadanya.

"Eh budak-budak miskin." Adalson memandang Franky atas bawah.

"Kau pehal Adalson?" tegur Bobby.

"Aku tak hal dengan kau. Tapi aku adahal kau." Adalson menunding jari ke arah Franky. "Aku nak bagi amaran dekat kau. Jangan pernah kau cuba-cuba dekat dengan Queenia, sebab dia kekasih aku. Dia hanya layak dengan orang macam aku. Bukan orang miskin, bodoh macam kau. Dah la anak haram." Franky menggengam penumbuk. Baru kakinya hendak melangkah tapi ditahan Bobby. Adalson dan gengnya berjalan meninggalkan Franky dan Bobby dengan ketawa yang menjengkelkan.

"Shit!." bentak Franky.

Franky berjalan taman fikiran melayang memikirkan tentang dirinya. Apa yang bakal berlaku kepadanya selepas ini. Sungguh dia tidak kuat nak hadapi semua. Franky terkejut dengan kedatangan anjing mendakati dirinya. Anjing menggesel di kakinya.

"Auk .. Auk .. " seolah-olah anjing itu menggenali dirinya. Franky tersenyum. Dia membelai anjing berbulu lebat itu.

"Leon ... Leon ..." Wanita kitaran empat puluhan itu mendekati anjing yang dipanggil Leon.

"Aunty mintak maaf. Leon ada lukakan awak ke?" Franky menggeleng. Wanita itu terkejut melihat Leon manja dengan budak lelaki dihadapannya ini.

"Leon jarang dekati orang. Hanya orang tertentu saja dia dekat. Nampaknya Leon suka dengan awak." Franky hanya tersenyum.

"Franky! Tunggu kejap. Franky!" jerit Queenia. Termengah-mengah Queenia mengejar Franky.

"Awak nak apa lagi? Saya dah lambat ni. Takut tertinggal tren." Queenia terasa hati dengan kata-kata Franky. Franky yang dia kenal sentiasa akan melayan dia dengan baik.

"Awak nak pergi mana? Tolong jangan pergi. Saya betul-betul perlukan awak dekat sini. Franky, saya sayangkan tolong jangan pergi." sedikit sebanyak kata-kata Queenia membuatkan hatinya goyah. Tapi apa perlu dia buat.

"Awak tak faham lagi ka apa yang saya cakapkan hari tu? Awak dengan saya macam langit dengan bumi. Ayah awak tak suka saya Queenia. Nak dekat dengan awak pun dia dah melenting apatah lagi nak berkawan. Kita sama-sama move on. Lagipun tak lama lagi awak akan jadi milik orang. Saya tak nak ada apa-apa masalah." Franky berjalan meninggalkan Queenia. Queenia memeluk pingang Franky dari belakang. Queenia menangis teresak-esak.

"Cakap la apa yang awak nak cakap. Saya tetap nak ikut awak. Tolong la Franky. Hidup saya akan musnah kalau saya berkahwin dengan Adalson." Franky melepaskan tangan Queenia.

"Kalau betul awak sayang saya. Jangan halang saya nak pergi." Franky bercakap tidak memandang wajah Queenia. Franky berjalan meninggalkan Queenia. Queenia jatuh terduduk dia menangis sekuat hati. Dia sudah tidak peduli orang disekelingnya. Langkah Franky terhenti. Hatinya tak sanggup dengar tangisan Queenia.

"Bangun. Kita duduk dekat bangku sana." Franky mengengam jari jemari Queenia. Franky menggelap air mata Queenia. Queenia bersandar pada bahu Franky.

"Saya tak boleh bawa awak pergi dari sini. Tapi saya janji akan kembali itu pun kalau awak sanggup tunggu. Ini geleng yang saya sayang. Sebab gelang ni milik mendiang Carl. Dia bagi dekat saya. Kalau betul awak nak sehidup semati dengan saya awak simpan gelang ni dan tunggu saya. Tren saya dah nak sampai. Saya pergi dulu." Sempat bibir Franky bertaut pada bibir Queenia. Franky tersenyum. "Tunggu saya tau." bisik Franky.

"Dah berapa kali daddy cakap.Jangan jumpa anak haram tu. Kenapa kau degil sangat?" Queenia hanya menundukkan wajah. Dia tidak mahu berkata apa-apa. Takut lain jadinya. Dia sudah berjanji mahu menunggu Franky. Tapi sampai bila? Tidak kesah sampai bila. Dia percaya yang Franky tak mungkir janji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience