Bab 3

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 3

"Mak timah buat apa ni? Kan saya suruh duk sana je." Bebel aku perlahan sambil menjenguk kedalam perigi tersebut. Dalam! Ngeri aku tengok, aku lihat mak timah memegang mangkuk kecil yang berisi beras. Pelik.

"Mak timah bagi makan apa tu? Ada apa dekat dalam perigi ni?" Tanya aku sambil membuat muka pelik. Mak timah hanya tersenyum dan mengisyaratkan aku supaya memandang kedalam perigi. Aku tahu korang meluat tengoo mak timah asyik tersenyum, Ni aku nak buat dialog untuk dia.

"Dalam perigi ni ada ikan belaan Puan Zakiah.. namanya sakti, dari semasa anak dara lagi ikan ini dibela oleh puan Zakiah, kalau dikira umurnya sudah 50tahun." Terang Mak timah sambil mencampak sedikit-sedikit beras itu kedalam perigi yang sangat dalam itu.

Ternganga aku apabila mendengar ada ikan dekat dalam perigi ni. Dan umurnya dah 50tahun! Kau gila?!

"Eishh.. biar betul Mak timah ni... ikan emas saya dekat kL tu pun sebulan je hidup.. ikan apa pulak yang boleh hidup dalam perigi ni sampai 50tahun? Mustahil... mustahil." Jawabku sambil mengaru dagu yang tidak gatal.

Mak timah hanya tersenyum lalu menjawab.
"Kau tak percaya?"

"Tak.."jawab aku yakin.

"Aku pun tak percaya! Wahahahahahha!" Gelak Mak timah.

Okay,itu cuma halusinasi kau orang.maaf sebab potong stim.

"Kalau tak percaya lihat didalam perigi dan seru namanya." Ujar Mak timah.

Aku kembali melihat ke dalam perigi yang gelap tetapi kelihatan jernih airnya itu.

"Sakti... ooo sakti. Muncul lah kau aku nak tengok ni." Panggil aku kuat. Bergema suaraku.

"Bukan begitu caranya... ikut Mak timah ye..." ujar mak timah.

"Okay.." jawabku.

"Ikan sakti penunggu disini, muncul lah dikau dihadapan cucu mu ini, tunjukkan kekuasaan mu seperti nama yang diberi,sakti,sakti aku seru namamu, sakti sekian alam ini muncul lah engkau!." Seru Mak timah.

Entah kenapa bulu tengkok ku terasa meremang, angin sepoi-sepoi bertukar kuat sehingga berguguran daun-daun kering.
Aku lihat air didalam perigi itu berkocak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience