Bab 10

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 10

Terundur kebelakang aku bila mak timah mula menoleh ke arah aku perlahan-lahan. Dengan keaadaan dia yang serupa hantu dan pegang pisau tu siapa yang tak takut? Sudahlah aku sorang dalam rumah ni! Sial pulak aku rasa!

"Mak timah... mak timah letak dulu pisau tu! Kita bincang elok-elok mak timah." Ujarku perlahan cuba memujuk orang tua tak guna yang buat nyawa aku seperti telur dihujung tanduk!

Aku lihat dia sudah sepenuhnya menghadap aku dengan badannya yang bongkok dan wajahnya ditutupi rambutnya yang serupa pontianak dan aku rasa rambut kak pon lagi cantik dari orang tua sewel gila babi meroyan ni! Sorry aku bila takut macam-macam perkataan keluar.

"Hehehe! Siapa timah? Aku sakti! Pendamping mu mulai harini, mari sayang bersama kita hidup selamanya." Ujar mak timah dengan sekelip mata suaranya berubah menjadi garau! Ah sial!

Termuntah aku didepan pintu bilik store tersebut selepas mendengar apa yang dikatakan oleh mak timah tadi. Bercampur pula dengan perasaan takut yang menguasai diri hampir 80% aku keluarkan segala isi yang berada didalam perut aku.

Aku tengok muntah aku penuh dengan ulat! Babi betul apa yang dia bagi makan aku tadi?! Pundek punya orang tua tak guna!

Aku lihat dia mula melangkah ke arah aku perlahan-lahan. Aku terus berundur dua tiga tapak lalu dengan sekuat hati aku menutup pintu bilik store tersebut dan menguncinya dari luar.

"Bam! Bam!" Badan yang aku sandarkan pada pintu tersebut bergerak ke hadapan kerana terasa dirempuh kuat dari arah dalam!

"Tak guna punya orang tua!! Kecik-kecik taknak mampos besar-besar menyusahkan orang dah kerepot payah pulak nak mampos!" Jerit aku sekuat hati. Pintu kayu bilik store tersebut tidak henti-henti dirempuh dari dalam. Aku perasan yang kunci pintu kayu tersebut semakin longgar. Fish betullah!

Dengan sekuat hati aku berlari masuk kedalam rumah tanpa menoleh kebelakang dan mengunci pintu rumah rapat-rapat. Semua tingkap yang berada di bahagian ruang tamu aku kunci. Dam aku terlupa yang bahagian pintu dapur aku tak kunci selepas keluar tadi. Dengan pantas aku berlari ke arah dapur dan menutup pintu dapur.

Tapi pintu dapur tidak boleh ditutup rapat bagai ada sesuatu yang menghalang.

"Zahra sayang.. mak timah ni. Jangan takut, bagi mak timah masuk."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience