Bab 7

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 7

"Mama tolong mamaa!mama tolong zahra ma! Ada benda kejar Zahra!"

"Zahra sayang...bangun, zahra mengingau ini."

Aku terjaga! Dengan pantas aku bangun dari pembaringan. Aku melihat kekiri dan kekanan sambil mengesat peluh didahi.

"Zahra mimpi apa sayang?" Tanya mak timah yang sedang elok duduk bersimpuh dihujung katil ini. Aku mengeluh.

"Huh! Mimpi je.. ingat betul-betul tadi." Ujarku perlahan.

"Zahra mimpi apa? Cerita sama mak Timah sayang.."

"Zahra mimpi..zahra mimpi ada orang bagi baby dekat Zahra untuk Zahra jaga. Zahra ambik sebab baby tu comel. Tapi orang tu..." belum sempat Aku habiskan cerita, jari tua Mak Timah yang berkedut Sejuta itu menahan bibirku. Tak bagi aku menyambung cerita.

"Syhhh... itu hanya mainan tidur Zahra saja. Mesti semalam Zahra tidur tak baca doa kan? Dah mak Timah mahu keluar dulu. Zahra bangun mandi dan sarapan. Mak Timah sudah siapkan Sarapanya." Ujar Mak timah. Aku hanya mengangguk.

__________

Ikram pov

"Iriana, kenapa senyap je dari tadi? Semalam punyalah exited. Harini senyap pulak." Tanya aku kepada Iriana yang sedang termenung memandang keluar tingkap kereta.

"Riana tak sedap hatilah abang, rasa lain macam." Ujarnya perlahan.

"Kenapa pulak? Apa yang tak kena Riana? Cuba cerita dekat abang." Tanyaku kepada Riana.

"Riana mimpi seorang nenek tua ni bagitahu Riana yang kalau kita pergi rumah kak Zahra tu..." telefon yang berbunyi mematikan penceritaan Riana kepada aku.

"Eh jap Riana kak Zahra call."

"hello ye sayang. Baru nak bertolak ni, ye Riana ikut sekali. Okay nanti whatsapp dekat saya alamat rumah ye. Okay bye." Aku menamatkan panggilan lalu aku menoleh ke arah Riana.

"La,tidur pulak budak ni.."

Aku membuka mesej whatsapp dari telefon aku selepas kedengaran bunyi mesej whatsapp yang diterima.

____________________

Selesai sarapan aku kembali masuk kedalam bilik, Telefon di atas meja solek aku ambil.

"Aish line tak ada pulak. Kenapa ni? Boring betullah!" Kerana rasa bosan yang menguasai diri aku membelek-belek galeri didalam telefon aku,untuk melihat gambar-gambar sambil mendengar lagu terbaru dari red velvet one of this night.

Sedang aku membelek gambar aku dan Ikram ,tiba-tiba aku terlihat satu gambar yang menakutkan.

Wtf?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience