Bab 9

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 9

Aku berfikir sejenak di atas katil selepas mendengar cerita dari Ikram. Macam mana aku boleh whatsapp dekat dia? Aku terus membuka aplikasi whatsapp dan melihat mesej aku dan Ikram. Tak ada pun! Biar betul ikram ni. Apa yang aku nampak ialah conversation aku dan Ikram beberapa hari lepas masa aku kena kacau dengan budak kecik tu.

Aku mengeluh,apa sebenarnya yang berlaku ni? Tanpa membuang masa aku terus masuk kedalam bilik air untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar.

Selesai solat aku terus keluar dari bilik dan pergi kedapur ingin mencari mak timah yang aku tak dengar langsung suaranya dari lepas sarapan tadi.

"Mak timah.." panggil aku sambil mataku melilau mencarinya. Tiada.

Tiba-tiba bau kemeyan kuat menusuk lubang hidung aku, aku tercari-cari arah kemeyan tersebut, bulu romaku sudah mula meremang. Aku berjalan mengikut arah bau kemeyan yang kuat itu, sampai sahaja di tempat yang aku nampak sedikit berasap itu aku pelik. Store?

Kelihatan pintu store simpan barang-barang lama arwah nenek terbuka sedikit, bau kemeyan semakin kuat bila aku mendekati bilik store tersebut.

"Seruan aku ingin membangkitkan mu, aku serah diriku dirinya zahra padamu, bersatu jiwamu dengan jiwaku dan dia zahra supaya kesaktian kekal hidup selamanya,wahai sakti tuanku aku seru sembah hormat padamu bangkitlah kau beradu jiwa bersama aku dan dia supaya dapat aku jamu dan kamu dapat jaga dia dan aku... bla bla bla." Aku terkedu bila suara yang aku sangat aku kenali itu sedang membaca mentera merapu yang tidak pernah aku dengar dan bercampur dengan nama aku!

Dengan perasaan marah yang membuak-buak kerana perbuatan khurafat tersebut dan bersangkut paut pula dengan nama aku, aku terus menerjah pintu yang terbuka sedikit itu.

Kelu lidah untuk bersuara apabila melihat keadaan mak timah dan bilik store tersebut.

Allahuakbar!

Kelihatan lilin merah penuh di sekeliling bilik store tersebut dan mak timah yang duduk ditengah-tengah dengan keadaan yang tidak terurus rambutnya yang setiasa disanggul mengerbang kusut membelakangi aku sambil memegang pisau. Seram gila babi aku dibuatnya!

"Ya Allah! Apa yang mak timah buat ni?!" Jerkah aku.

Aku lihat dia perlahan-lahan bangun berdiri terbongkok-bongkok sambil memegang pisau masih membelakangi aku.

"Mak tim.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience