Bab 4

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 4

Tidak perlu aku ulang apa yang diseru oleh mak timah, kelihatan seekor ikan yang aku rasa ikan keli,tapi sangat besar dan warna kepalanya pelik.

Kepalanya yang berwarna putih dan badannya yang berwarna hitam itu mengagumkan aku, sepantas kilat aku mengambil telefon bimbit aku yang berada di dalam poket seluar tracksuit aku lalu mengambil beberapa gambar. Mulut aku terlopong melihat indahnya ciptaan tuhan tersebut.

"Memang sakti betul lah mak timah ikan ni. Padan dengan nama dia. Tengok color dia pun dah pelik. Ni kalau masuk fac hantar kat siakap keli mesti viral ni." Ujarku exited.

"Jangan dikasi tahu sama orang lain, ini ikan yang diwasiatkan kepada kamu oleh puan Zakiah. Ikan ini sangat istimewa. Pesan puan Zakiah kamu harus menjaganya dengan baik hanya kamu sahaja pewaris hartanya." Ujar Mak timah panjang lebar.

Aku mengangguk kecil sambil melihat ikan tersebut yang seakan-akan tahu aku teruja melihatnya dia melompat seperti ikan paus di lautan. Lagilah aku teruja.

Selepas dia melompat terus ikan tersebut hilang dari pandangan dan terus menyelam kembali.

"Lah... dah hilang.." keluh aku sedikit kecewa.

"Kau suka?" Tanya mak timah tiba-tiba.

"Suka..." jawabku perlahan.

"Kamu mahu menjaganya?"

"Mestilah nak... unik kot ikan ni mak timah." Jawabku.

"Baguslah kalau begitu. Sudah mari kita masuk kedalam. Sudah mau tengah hari. Nanti kulit kamu yang putih ini hitam terkena matahari." Ujar mak timah dengan senyuman lebar lalu menarik aku masuk kedalam rumah.aku hanya menurut.

Selesai menunaikan solat maghrib, Aku berbaring di atas katil didalam bilik. Aku ambil telefon yang berada dimeja lampu tepi katil. Kelihatan satu mesej dari aplikasi whatsapp.

+ Assalamualaikum sayang... mcm mna dekat sana? Okay ke?

Au tersenyum apabila melihat mesej dari Ikram.

-Waalaikumsalam.. okay je. Awak datang lah sini teman saya. Lagipun rumah ni besar untuk saya dan mak timah je. Takut jugak. Banyak bilik kosong dekat sini. Datang la.

+insyaallah okay. Saya ambik cuti seminggu teman awak dekat sana. Saya bawak iriana sekali.dia tu sibuk nak bercuti sangat, saya bawak dia pergi kampung awak jelah okay..

-elok sangatlah tu... taklah sunyi sangat kalau ada rina sekali. Hehe. Sekejap awak saya nak tengok siapa pula ketuk pintu bilik saya ni.

+okay sayang.hati-hati...hihihi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience