Bab 13

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 13

Tanpa membuang masa aku terus mengambil parang itu dan memotong jaring-jaring kayu yang menghalang laluan aku untuk keluar dari bilik ini.

Agak payah kerana parang ini agak tumpul dan kayu tersebut kayu lama yang berkualiti tinggi.

"Arghhh!" Terdengar jeritan dari mak timah bila aku toleh kebelakang aku lihat pintu bilik sudah dibuka oleh mak timah yang tersengih.

Aku lihat tangannya penuh dengan cecair merah. Darah mungkin.

"Kemana kau nak lari hah Zahra?! Mana janji kau untuk menjaga aku?!" Jerit mak timah. Suaranya kini sudah berubah menjadi sedikit garau. Aku terundur kebelakang .

Jantung aku laju mengepam darah bila dia mula mendekati aku sambip memegang kapak! Aku kena berhati-hati.

Aku lihat dia mula hendak menghayun kapak yang digunakan untuk memecahkan pintu bilik tadi ke arah aku.

Dengan pantas aku mengelak,kerana kapak yang agak berat itu membuatkan dia susah untuk bergerak.aku mengambil peluang yang terbuka ini dengan berlari dengan sekuat hati ke arah pintu yang terbuka luas itu.

"Arghhj! Budak sial!!" Jeritnya sekuat hati. Mungkin sudah penat main kejar-kejar dan sembunyi dengan aku.

Aku berlari keluar dari arah pintu utama untuk ke halaman rumah. Sampai sahaja kehalam rumah aku lihat pintu gate yang besar dan tinggi itu, hancur lebur semangat aku untuk keluar dari rumah puakan ni.

"Zahra!" Terkejut aku apabila mendengar suara mak timah yang seperti babi hutan menyalak itu, dengan tergesa-gesa aku cuba untuk bersembunyi darinya disebalik semak-semak yang berada di tepi gate.

"Zahra... aku tahu kau ada dekat sini! Aku tahu kau tak boleh keluar dari sini. Hahahhaah! Keluarlah zahra... supaya aku boleh bunuh kau macam aku bunuh nenek kau! Supaya aku dapat kekal hidup! Keluar Zahra!" Jeritnya sekuat hati di halam rumah .

Sekali lagi aku terkedu.dia bunuh nenek? Orang tua tak guna!!

"Cool hot sweet-sweet love~" bunyi telefon aku berdering lagu cool hot sweet love dari kumpulan red velvet itu membuatkan aku rasa nak pengsan!

"Bodohnya aku tak silent tadi!" Gumam aku sendiri. Aku terus membawa phone keluar dari poket. Satu Panggilan tak dijawab dari ikram.
Aku memandang ke arah mak timah yang sedang berjalan ke arah tempat persembunyian aku ini.

"Sudah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience