Bab 15

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 15

"Hahahaha!" Gelak mak timah tiba-tiba setelah mengigit aku, suaranya berubah. Mungkin sakti yang mengigit aku tadi.

Aku mengambil parang yang terjatuh disebelah aku tadi dengan senyap-senyap semasa melihat orang tua tu sedang mengilai.

Dengan sekuat hati aku menghayunkan parang tersebut tepat ke arah tengkuk mak timah.

Bergolek-golek kepalanya di atas tanah. Darah terus memancut laju mengena aku.

Aku tergamam melihat kepala mak timah bergolek-golek dihadapan aku.

Rasa sebak menguasai diri apabila aku sudah lepas dari masalah ini. Aku sudah terlampau penat.

Aku rasa ingin ketawa dengan sekuat hati.

Aku terus bangun dan berdiri dengan perlahan-lahan.

"Jangan bergerak! Letakkan senjata anda!" Ujar satu suara di tepi aku.

Terus aku berpaling ke arah suara tersebut. Tergamam aku bila melihat dua buah kereta polis berada di hadapan rumah aku. Kelihatan beberapa orang polis sedang mengacukan senjata mereka ke arah aku.

Perasaan aku bercampur baur. Sama ada takut, gembira dan sedih.

Aku terus berjalan ke arah mereka.

"Tolong cik." Ujarku.

"Tolong letakkan senjata cik sekarang!" Jerkah polis tersebut tegas.

Aku masih lagi berjalan dengan terhuyung-hayang menuju ke arah polis tersebut, entah aku seperti tidak mendengar apa-apa yang polis itu katakan aku seperti hilang akal. Langsung tidak menghiraukan amaran polis dan..

"Bam!" Aku terjatuh ke atas tanah.

"Zahraa!!" Selamat tinggal ikram.
Sebelum aku menutup mata aku lihat seseorang yang buruk rupanya tersengih ke arah aku.

Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience