Bab 6

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 6

Aku menggigil ketakutan dibelakang pintu bilik usang ini, siapa budak tu? Macam mana dia boleh masuk? Hantu ke manusia? Bermacam-macam soalan bermain difikiran aku.

Terus aku lompat ke atas katil dan menelefon Ikram, 2,3kali aku cuba menelefonya tapi tidak diangkat. Aku kembali meletakkan telefon di bawah bantal dan berselubung di dalam selimut.

"Hihihihi, kakak kenapa kunci pintu? Jom main sama saya.."
Kedengaran suara tersebut di luar pintu bilik.

Aku menggigil didalam selimut sambil membaca ayat kursi dan sebagainya. Sehinggalah aku tertidur.

------------------

Aku tersedar bila terasa sesuatu terjatuh ke atas muka aku, perlahan-lahan aku membuka mata. Alangkah terkejutnya aku bila melihat keberadaanku sekarang ini.

Dengan pantas aku bangun, mataku melilau melihat keadaan hutan yang gelap-gelita ini. Bila masa aku masuk hutan pulak ni?

Aku berjalan merentasi pohon-pohom besar dengan akar yang menjalar lebat itu dengan berhati-hati.

"Nak... tolong mak cik nak.."

Tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan meminta tolong,aku hentikan langkah untuk mencari jalan keluar dari hutan ini. Aku toleh kebelakang.

"Nak.. tolong makcik, tolong jagakan anak makcik."pinta suara itu lagi.

Aku masih tertoleh-toleh mencari arah mana datangnya suara tersebut. Bila aku toleh kedepan kembali,kelihatan seorang makcik yang sedang menggendong bayi berjalan kearah aku. Terunudur sedikit aku kebelakang kerana terkejut.

Buat apa pulak makcik ni dalam hutan macam ni? Tanyaku sendiri. Entah dari mana datangnya keberanian meresap masuk kedalam diriku, aku terus mendekati makcik tersebut.

"Makcik.. makcik tak apa-apa ke? Macam mana boleh ada dalam hutan ni?" Tanyaku sambil memegang bahunya dan melihat bayi yang berada didalam dakapannya itu.comel.

"Nakk.. tolong makcik jagakan anak makcik, makcik dah tak kuat lagi nak. Terimalah anak makcik ni. Besarkanlah dia didalm jagaan kau nak.." jawab makcik itu.

Tanpa banyak soal aku terus mengambil bayi comel yang dihulurkan makcik tersebut.

"Apa nama dia makcik?"tanyaku tanpa memandang kearahnya.

Senyap.

"Makc..." terkelu aku bila melihat makcik tersebut sudah hilang dari pandangan. Aku kembali memandang ke arah bayi didalam dukungan aku ini.

"Ohmak kau sial!" Latah aku terus mencampakkan bayi yang sudah bertukar wajahnya menjadi hitam dan berbulu kerana terkejut. Dengan pantas aku membuka langkah 2.6bilion berlari tanpa menoleh kebelakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience