Bab 2

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 2

Biskut yang tenggelam kedalam cawan mengalihkan pandangan aku dari perempuan tua yang mengendap di depan pagar.

Aku lihat biskut merry aku sudah hancur ditelan air kopi o yang aku bancuh tadi.

"Shit!" Gumam aku perlahan. Sekali lagi aku memandang ke arah pagar rumah nenek.

"Mana pulak mak cik tu pergi? Laju betul dia jalan.." tanya aku sendirian apabila melihat mak cik tua tersebut sudah hilang.

Angin sepoi-sepoi menampar pipiku.

"Zahira... "

Terkejut aku melihat mak Timah disebelah aku terbongkok-bongkok sambil memberi aku sudu.

"Ishh mak Timah ni.. terkejut saya..." jawab aku sambil mengurut dada. Dia hanya tersengih menampakkan gigi rongak yang hanya tinggal dua batang itu kepada aku. Mmm,menakutkan juga..

Aku memandang sudu yang dihulurkan oleh mak timah, aku memandang mak timah sekali lagi dengan wajah yang penuh tanda tanya.

Seakan nampak tanda soal besar di wajah aku, mak Timah memberi isyarat dengan menunjukkan sudu tersebut ke arah cawan kopi aku yang terlihat biskut merry berenang dengan senang-lenang didalam cawan.

"Ouh.. ingatkan apa tadi... dah mak Timah duduk dekat sini,kita makan sekali." Ujarku sambil menarik tangan yang penuh urat-urat timbul itu duduk di meja bulat tersebut. Dia hanya menurut.

"Mak Timah duduk sekejap saya nak pergi ambil cawan untuk mak Timah." Ujarku, dia hanya mengangguk sambil tersenyum.

Jangan nak pelik sangat kenapa mak Timah asyik angguk,sengih je. Otak Aku buntu nak bagi dialog untuk dia... hehe.

Gurau, mak Timah memang seorang yang pendiam dan suka mengangguk,menggeleng dan senyum sahaja sebagai jawapan.

Pelik kenapa ada mak Timah dengan aku je dalam rumah ni? Hmm aku anak tunggal, jadi aku sorang jelah. Mama dan papa pergi ke london kerana ada urusan dengan client dekat sana.

Aku kembali ke meja, aku lihat mak Timah sudah tiada,Bukan meninggal. Tapi menghilang. Aku tercari-cari mak timah sampai ke belakang rumah yang aku baru jejak harini.

Kelihatan mak Timah sedang memberi sesuatu di perigi yang berada di belakang rumah nenek itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience