Bab 11

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 11

"Argh! Pergi mamposlah orang tua!" Jerit aku sekuat hati. Kenapa pintu ni tak boleh tutup rapat pulak! Agak sial disitu. Maaf bahasa kasar banyak pula digunakan.

Aku melihat bahagian pintu yang tak boleh ditutup itu, terkejut aku bila tengok pisau yang mak timah pegang itu terselit dicelah pintu. Sebab tu tak boleh tutup!

Bongok punya timah!

"Zahra sayang.. mak timah tersekat ni, buka pintu sayang. Tak kesian ke dekat mak timah?" Rayu mak timah, suaranya kedengaran sayu.

"Diamlah pundek!" Jerkah aku. Senyap.

"Bam! Bamm!" Pintu dapur yang tidak boleh ditutup rapat itu dirempuh kuat dari luar. Hampir rebah aku tapi kerana ketakutan yang sudah 100% menguasai diri tiada lagi perkataan lembik didalam kepala.

Dengan sekuat hati aku menolak pintu dapur tersebut sehinggakan pisau mak timah yang diselit di celah pintu itu perlahan-lahan membengkok dan aku dapat menguncinya dari dalam. Alhamdulillah.

aku tahu aku tak boleh buang masa lagi dekat dapur ni apabila melihat keadaan pintu tersebut yang dirempuh orang tua tak guna itu.

Dengan pantas aku berlari masuk kedalam bilik dan mengunci pintu dan tingkap. Aku bersandar dibelakang pintu dengan nafas yang tercungap-cungap.

Aku mengambil telefon yang berada di atas meja solek .

*40 panggilan tak dijawab *2mesej

Aku terus membaca mesej dari ikram itu.

+awak.. saya tak jadi pergi rumah awak,Irina tiba-tiba mengamuk taknak pergi rumah awak katanya bila kitorang pergi rumah awak kitorang akan mati. Saya layankan ajelah apa yang dia cakap tu sebab dia duk menjerit-jerit taknak pergi. Sorry sayang.

+sayang kenapa tak angkat call? Awak okay ke tak ni? Marah ke? Sorry okay.sayang Hati saya tak sedaplah, si irina ni terjaga tadi dia cakap awak dalam bahaya. Tolong angkat phone.

Aku tergamam, macam mana irina tahu?

Sedang aku ingin mula membalas mesej Ikram tiba-tiba terdengar ketukan dipintu.

"Zahra... mak timah minta maaf ye.. keluarlah, mak timah tahu zahra ada dekat dalam." Ujar mak timah perlahan.

Aku menekup mulut menahan ketakutan. Aku sempat melihat skrin phone yang menunjukkan pukul 8pm.

Ketukan dipintu terus kedegaran.

Tanpa membuang masa aku terus memesej Ikram.

-tolong saya! Mak timah tiba-tiba macam kena rasuk dengan hantu, dia kejar saya macam orang gila sambil bwk pisau! Saya tak tahu nak buat apa ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience