Bab 12

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 12

"Zahra... baik kau buka pintu sekarang! Jangan sampai aku buat cara kasar!" Jerkah mak timah dari luar pintu bilik.

-tolong saya call polis ikram! Kredit saya tak cukup ni. Tolong,secepat mungkin. Saya akan cuba bertahan sampai polis sampai.

+ya allah apa dah jadi ni zahra?! Tolong bertahan.saya call polis.

+polis cakap diorang akan datang tapi ambil masa sikit sebab rumah awak jauh dan pendalaman. Dan saya tengok diorang macam ambil remeh hal awak ni,macam tak percaya. Saya akan kesana sekarang. Take care! I love you tolong bertahan untuk saya.

"Pang!! Pang!! Pangg!"

Bunyi ketukan yang kuat itu memeranjatkan aku. Segera aku bangun dari pintu yang aku sandar tadi.

"Zahra keluar sekarang!!" Jerit mak timah macam orang gila. Tak padan dengan tua suaranya mengalahkan penyanyi opera.

Aku lihat pintu bilik nampak seperti sudah longgar, apa pula yang dia guna tu?!

Tiba-tiba ada sesuatu menembusi pintu bilik aku. Aku tergamam! Kapak?! Ah sial punya orang tua! Dia guna kapak.

Baju aku basah dengan peluh bila pintu bilik sudah dihiasi dengan lubang-lubang kerana kapak mak timah tak guna tu. Dan paling aku lemah bila wajah mak timah yang tak serupa orang itu terlihat dari lubang tersebut sedang tersengih tak menampakkan gigi.

Aku segera membuka pintu tingkap, jaring-jaring kayu yang menghiasi tingkap tersebut menyusahkan aku untuk melangkah keluar melalui tingkap.

Aku kembali memandang ke arah pintu bilik, sudah kelihatan semakin besar lubang-lubang dipintu bilik. Aku panik!

"Ya Allah apa aku nak buat ni? Tolongla aku ya Allah!" Rintih aku. Air mata yang hendak mengalir aku tahan.

"Aku kena kuat! Sekarang bukan masanya nak menangis!" Ujarku.

Aku terus menyelongkar kotak-kotak besar dan berhabuk di bawah katil.

Barang-barang antik penuh didalam setiap kotak.

"Zahra! Anak sial! Kau dah janji nak jaga sakti haritu! Kau nak lari mana zahra?" Jerkah mak timah. Aku dapat lihat wajah bengisnya yang berkedut itu disebalik lubang-lubang di pintu yang dihasilkan oleh mak timah itu.

Sedang aku menyelongkar barang-barang antik yang terdapat di dalam kotak tersebut, aku menjumpai sebilah parang yang agak panjang dan berkarat.

"Alhamdulillah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience