Bab 1

Horror & Thriller Completed 20563

MALAM MENJELMA (N.A.J)
BAB 1

'KRING! KRING!'

Bunyi jam telefon bimbit aku mengejutkan aku dari tidur yang nyenyak. Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi, aku terus bangun dari katil dan menuju ke bilik air yang berada didalam bilik nenek yang sekarang ini menjadi bilik aku.

Aku mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh, selesai membaca doa aku terus mengambil telefon bimbitku dan keluar dari bilik.

Suasana nyaman kampung ini menyegarkan aku, aku menghirup udara segar itu sepuas hati aku. Yelah seminggu sahaja aku disini atas wasiat arwah nenek yang baru dua hari lepas meninggalkan kami. Al fatihah.

Aku menuju ke dapur untuk mencari apa yang perlu dibuat untuk sarapan pagi. Walaupun mak timah melarang aku untuk membuat kerja dapur, aku kesah apa? Aku tak mahu menyusahkan orang gaji yang sudah uzur itu.

Mak timah ialah orang gaji nenek aku Zakiah Zavier, aku tahu nama nenek aku yang ada unsur-unsur orang putih itu menjengkelkan korang. Tapi nak buat macam mana dah bapak nenek aku tu orang putih,orang british yang menjajah tanah melayu dulu. Ceiceicei, spm sejarah aku pun dapat B nak cakap pasal sejarah. Ceh, boleh terjun masuk kolam sekarang.

Okay sudah-sudah merepek.

Bayangkan dari muda lagi mak Timah tu kerja dengan nenek aku sebagai orang gaji. Kau bayangkan...tak kahwin-kahwin. tak ada life langsung, sudahla nenek aku tu straight orangnya. Sekali dia jegil habis satu kampung tak keluar rumah seminggu, okay ini tipu.

So sekarang ni aku taknak mak Timah ni buat kerja dah. Tapi mak Timah ni tak ada rumah, tak ada anak, jadi aku biarkan dia duduk dekat rumah nenek aku ni.

Rumah banglo setingkat yang klasik dan kusam warnanya, tapi nyaman.

Aku membancuh kopi dan mengambil biskut merry terus berlalu keluar dari rumah dan duduk di meja depan rumah tersebut, sambil makan sambil hirup udara segar memandang pohon-pohon hijau dan besar itu menenangkan aku.

Sedang aku mencicah biskut merry kedalam kopi,aku ternampak seorang perempuan tua sedang mengendap masuk kedalam rumah aku di depan pagar.

Siapa pulak tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience