Bab 14

Horror & Thriller Completed 20563

BAB 14

Aku terus keluar dari tempat persembunyian aku. Dah Penat aku rasa takut sebab orang tua tak guna gila meroyan ni.

Aku lihat dia tersengih tidak menampakkan gigi. Sungguu menakutkan dengan rambut mengerbangnya.

"Sudah! Aku dah penat! Apa yang kau nak dari aku sekarang ha orang tua?! Kenapa kau bunuh nenek?!" Jerkah aku sekuat hati.
Parang tumpul yang berada didalam tangan aku gemgam sekuat hati.

"Aku nak kau! Aku nak bunuh kau,supaya aku dapat kekal hidup sampai bila-bila! Arhhh!!" Ujar mak timah sambil menjerit dan berlari ke arah aku dan menghayunkan kapaknya ke arah aku. Aku yang sudah tahu dia akan melakukan begitu terus membuka kuda-kuda bagi mengelak dari terkena kapak tersebut.

Kerana hayunan yang kuat,kapak mak timah terpacak di atas tanah, dengan susah payah dia cuba mencabut kembali kapak tersebut.

Aku mengambil peluang itu dengan mencantas kedua belah tangan mak timah yang sedang bersusah payah mencabut kapak tersebut.
"Arhhhhh!! Ambil ni orang tua setan!!"

Merecik darah yang keluar dari tangan mak timah yang sudah kudung itu. Darahnya yang terpancut ke wajah aku membuatkan aku sekali lagi menjerit.

"Arhhjhh!!"hampir pitam aku dibuatnya,dengan segera aku mengesat darah yang penuh di wajah aku dengan baju yang aku pakai.

Pilihan yang salah kerana mengesat dengan baju yang juga basah dengan darah mak timah. Habis muka aku dipenuhi darah.

"Arhhhhhhhh!! Sial! Tangan aku!" Setelah beberapa minit baru kedengaran suara mak timah menjerit. Mungkin terkedu sebentar kerana tangannya sudah dipotong oleh aku menggunakan parang tumpul dan berkarat ini.

Dia kembali bangun dan menerkam aku untuk kali kedua, aku terus memegang tangannya yang kudung itu dengan sekuat hati dan memulasnya.

"Arhhhhhhhh!!!! Setan!!!! Sakti! Tolong aku!" Jerit mak timah kesakitan kerana tangannya yang baru beberapa minit kudung itu dipicit dan dipulas oleh aku.

Agak menyeronokkan bila mendengar mak timah menjerkt kesakitan walaupun realitynya aku sangat geli dan takut memegang tangannya tang kudung itu. Dapat aku rasa tulang dan urat-uratnya yang berjuntai itu. Aku cekalkan hati

"Argh sial punya orang tua!" Jerit aku bila tangan aku digigit oleh mak timah dengan sekuat hati sampai aku rebah ketanah. Sakit gila kot walaupun giginya dah tinggal 2,3batang entah kenapa gigitan mak timah itu sangat menyiksakan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience