Bab 15

Other Completed 2660

Bab lima belas

Tiket penerbangan ke london sudah dibeli oleh azman.esok flight ke london pada pukul 10 pagi, barang-barang semua telah dikemas, ikhwan sudah dihantar pada ibu dan ayah Azman untuk dijaga buat sementara waktu semasa ketiadaan mereka di malaysia. Azman memandang sayu ke arah amirah yang sedang memasak goreng pisang yang ingin dimakan oleh alya.

Dia juga sebenarnya susah hati dengan keputusan amirah yang ingin mendermakan sebahagian dari hatinya pada alya. Tapi anaknya juga memerlukan pendermaan tersebut dia masih muda banyak yang perlu di laluinya lagi.

Esok tan sri abu bakar akan menemani mereka ke airport, dia sangat berterima kasih pada tan sri abu bakar yang sanggup membantu mereka sekeluarga. Hanya Allah yang dapat membalas jasa tan sri abu bakar.

"Abang... termenung apa tu?" Tegur amirah.

"Eh.. tak ada apa.." tipu azman.

"Abang... saya tahu abang risaukan saya dab alya nanti.. kira serah saja pada allah bang. Dia yang menentukan segalanya." Ujar amirah sambil tersenyum.

"Abang sayangkan amirah..."

"Mira pun sayangkan abang. Maafkan segala silap mira selama ni. Halalkan makan minum mira bang." Ujar amirah sebak. Azman terus memeluk amirah, air mata jantannya turun mengalir ke pipi.

Sepanjang perjalanan mereka ke london amirah dan azman tidak putus berdoa agar mereka sampai dengan selamat. Esok hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Hari pembedahan pemindahan hati amirah kepada alya.

Alya tidur dengab nyenyak..dia sedikit lemah kerana demam yang sering dialaminya itu.

___________________

10 tahun kemudian.

Alya berteleku di tepi kubur ibunya, sudah 3tahun ibunya pergi meninggalkan mereka.

Alhamdulillah ibunya dan juga dia selamat semasa pembedahan memindahkan hati amirah pada alya , semuanya berjalan dengan lancar. Ibunya dipanjangkan umur sehinggalah 3tahun lalu akhirnya ibu meninggalkannya.

"Ibu... terima kasih kerana sanggup berkorban demi alya. Alhamdulillah alya sekarang sudah memegang ijazah sebagai seorang doktor. Jasa ibu takkan pernah alya lupa sehingga akhir waktu alya ibu . Ibu akan sentiasa berada didalam hati alya. Hati ibu akan alya jaga sebaik mungkin. Kerana hati ibulah yang membuatkan alya bernyawa sehingga sekarang terima kasih ibu.." alya mecurah air yasin pada kubur ibunya.

"Kakak.. ayah panggil, hari dah nak hujan ni." Panggil ikhwan.

"Okay.. akak datang.."

"Alya pergi dulu ibu.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience