Bab 13

Other Completed 2660

Bab tiga belas

“bang.. tadi tan sri abu bakar pengarah putra holding telefon, dia baca berita tentang alya di surat khabar utusan Malaysia , dia rasa terharu dengan berita tu.” Kata amirah membuka perbualan pada malam itu.

“ye ke? Apa katanya? Setahu saya pengarah putra holding tu memang kaya, dia baca utusan Malaysia juga ye..” ujar azman sambil membetulkan selimut ikhwan yang sedang tidur nyenyak itu.

“dia kata dia sanggup biaya segala kos rawatan alya dan saya selama di London nanti, dan juga kos penginapan kita selama di sana.katanya berapa saja kosnya dia tanggung beres. Elok lah abang call dia balik Tanya dengan lebih jelas.” Ujar amirah, suaranya lemah , badannya kurang sihat sejak beberapa hari ni dia berjaga malam untuk menjaga alya yang sering terbatuk batuk dan mengerang kesakitan.

“Alhamdulillah, baik betul tan sri abu bakar tu ye…mahu jugak dia ambik berat tentang anak kita ye, Alhamdulillah, nampaknya usaha kita tak sia sia.”

“iyelah bang…syukur Alhamdulillah..” ucap amirah.

“cepat betul ikhwan tidur malam ni.” Tiba tiba amirah menukar topic, dia mendekatkan diri pada alya yang juga baring , tak jauh dari tempat tidur ikhwan.

“letihla tu… cuaca di kuala lumpur sekarang panas.oh ya mana nombor tan sri abu bakar tu?” Ujar azman.

“azman memberikan nombor telefon tan sri abu bakar itu pada suaminya, azman lalu menelefon nombor tersebut, bimbang juga hatinya, dia lihat jam menunjukkan pukul Sembilan malam, takut pula tan sri abu bakar tidur.

“helo. Assalamualaikum, ini rumah tan sri abu bakar ke?”

“ya ini rumah tan sri abu bakar.. ni siapa ye? Nak bercakap dengan siapa?”soal puan sri syarifah.

“ tan sri abu bakar ada di rumah? Saya ingin bercakap dengan dia.” Kata azman, dia cuba mengawal suaranya yang sedikit gentar itu supaya kedengaran sopan, walaupun jantungnya bagai dipalu rasa gembira. dia tak mahu kelihatan terlalu gembira.

“tunggu sekejap , nanti saya panggilkan. “ kata puan sri syarifah. Lalu dia pergi kea rah suaminya yang sedang menonton cerita p.ramlee berjudul do re mi itu, berkali kali sudah ditontonnya tapi tidak pernah merasa bosan. Dia memberitahu suaminya tentang seseorang yang ingin bercakap dengannya di telefon.

“”helo siapa disana?” Tanya tan sri abu bakar.

“saya azman.. suami kepada amirah bapa kepada alya yang jawab telefon tan sri siang tadi.” Ujar azman memperkenalkan diri.

“ouh ya.. apa khbar azman?”

“Alhamdulillah , saya ingin bertanya tentang tan sri ingin menanggung kos rawatan anak dan isteri saya di London nanti?” Tanya azman, dia sedaya mungkin mengawal suara agar perasaan gembiranya itu tidak begitu ketara.

“ye betul,memang betul. Seperti yang saya terangkan pada isteri encik petang tadi, saya sanggup menanggung segala kos rawatan alya dan ibunya di London, saya juga akan menanggung segala kos penerbangan dan penginapan di London nanti.” Jawab tan sri abu bakar member keyakinan pada azman.

“terima kasih banyak tan sri.. hanya allah saja yang dapat membalas jasa dan budi baik tan sri pada kami sekeluarga.” Ujar azman.

“sama sama, itu sebenarnya memang tanggungjawab saya , esok kalau senang encik azman datanglah ke pejabat saya , supaya kita dapat berbincang.” Ujar tan sri abu bakar gembira.

“insyaallah tan sri esok saya kesana jika tiada aral melintang, terima kasih banyak banyak sekali lagi tan sri..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience