Bab 4

Other Completed 2660

Bab empat

“macam mana kita nak ke London bang? Banyak halangan dan rintangan yang menunggu kita.” Ujar amirah sayu pada azman.

“abang fikir elok kita berunding dengan majikan kita macam mana nak selesaikan masalah kita ni.” Jawab azman sambil menyelak surat khabar metro.

“setelah difikir fikirkan nampaknya kita terpaksa juga dedahkan masalah sebenar kita, kita perlu berkorban untuk alya bang, alya masih muda. Banyak lagi yang dia perlu kecapi dimasa akan datang, kita pun dah tua.” Ujar amirah sambil menyediakan sarapan untuk suaminya dan ikhwan.

“betul tu mira, apa kata kita dedahkan je dekat surat khabar, kot kotlah ada orang yang boleh tolong kita. Tolong menarik simpati orang ramai untuk menderma kepada kita.” Ujar azman sambil merenung saying pada isterinya itu.

“idea abang tu memang bagus, tapi tak malu ke kita dedahkan masalah keluarga kita pada orang ramai.. tak pernah seumur hidup keturunan kita merayu simpati orang minta derma.” Balas amirah sambil menyuapkan air teh pada anaknya ikhwan.

“kita dah terpaksa mira, kita dah usaha sebanyak mungkin untuk kumpul duit, berjima semua tapi tak terdaya kita kumpul wang sebanyak tu, lebih tuga ratus ribu tak terdaya kita nak menyimpan dalam masa terdekat sayang oii sedangkan alya terus sakit.” Kata azman sambil menyuapkan roti canai ke dalam mulut.

Amirah teriam seketika, ada benar kata kata suaminya itu, wang sebanyak itu susah untuk dicari dalam masa yang singkat. Ada benar juga kata suaminya itu yang hanya bekerja sebagai pembantu hospital itu.

Tiba tiba saja amirah teringat pada ibu bapanya yang berada di Melaka itu,sudah lama mereka tidak dihubungi. Baru baru ni dia terbaca dalam surat khabar tentang pengusaha sampan penambang di kuala linggi. Terfikir ayahnya yang tentu akan kehilangan mata pencariannya sebagai pengusaha sampan penambang kerana jambatan yang baru dibina dan mula digunakan itu.

Kesian pula dia pada ayahnya yang semakin tua itu, macam mana dia nak menyara hidupnya yang sudah berusia enam puluh tahun itu, fikir amirah.

“apa yang sayang menungkan tu?”Tanya azman pada amirah. Ikhwan bersandar manja pada pangkuannya.

“beberapa harini mira selalu ingatkan ayah di kampung…macam manalah keadaan ayah sekarang..” keluh amirah sambil menyisip sedikit air tehnya.

“mudah mudahan sihat… tak telefon ayah ke Tanya khabar?” Tanya azman lembut.

“ada semalam, ayah minta duit seratus lima puluh ringgit untuk ringankan beban dia. Saya dah transferkan pada akaun ayah semalam. Azman Cuma mengangguk.

“mira tak jawab lagi soalan abang berkenaan alya tadi.macam mana cara nak selesaikan masalh kos rawatan alya di London nanti.”Tanya azman.

“yelah, mira ikut je abang…untuk kebaikan anak kita juga kan..” jawab amirah sambil tersenyum kecil apda suaminya tiu.

“baguslah kalau macam tu, ni mana alya? Tak nampak dari tadi.” Tanya azman sambil mencari kelibat anak perempuannya itu.

“ada dalam bilik tidur.. tak sedap badan katanya.” Jawab amirah sambil menambahkan air the pada cawan suaminya.

“kalau amirah dah setuju esok abang ambik cuti, abang pergi ke pejabat utusan melayu, abang akan terangkan pasal keadaan kita dan nadirah pada wartawan disana. Abang rasa mereka boleh tolong kita..abang dengar hasil pendedahan akhbar utusan Malaysia ni banyak penderitaan orang orang susah macam kita dapat di atasi.” Kata azman sambil meletakkan surat khabar metro di atas meja.

“cubalah bang.. moga moga adalah orang yang dapat bantu kita.. tapi perlu kea bang ambik cuti?”

“sekarang ni mana boleh keluar pejabat lebih dari dua jam, kena isi boring cuti dulu.” Jawab azman.

“abang harap ada orang kaya yang simpati dengan nasib anak kita ni.. orang melayu dah ramai yang jadi korporat kaya sekarang ni, moga moga allah buka kan hati mereka untuk menolong membayar kos rawatan anak kita nanti.” Kata azman lagi.

“abang tu janganlah berharap sangat, saya dengar orang kaya ni susah untuk menderma, entah diberi entah tidak makin lokek dan keparat adalah..” kata amirah seakan kecewa.

“kita kena berfikiran positif mira…sikap orang pada kita bergantung pada sikap kita sendiri pada mereka, begitu juga sebaliknya.” Ujar azman sambil berjalan menuju ke arah peti ais, seingatnya sebelum ni barangnya itu diletakkan di atas peti ais.pua dia mencari tidak dijumpa. Amirah hairan melihat suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience