Bab 10

Other Completed 2660

Bab Sepuluh

Amirah mempercepatkan ayunan langkahnya. Dia masuk ke bilik guru dan bersedia untuk bertugas. Dia terperasan ramai guru guru lain memperhatikannya yang memakai baju kurung merah jambu tersebut. Janggal pula rasanya.

“apa kena dengan semua orang pandang saya hari ni?” Tanya amirah kepada zikgu rosmah yang kebetulan berada didepannya.

“belum tengok surat khabar lagi ke pagi ni?” Tanya cikgu rosamah.

“ohh,.. pasal tu rupanya.. dah saya dah baca pasal tu pagi tadi.” Jawab amirah.

“saya sebenarnya terkejut dan tak sangka anak mira begitu teruk penyakitnya… saya tak tahu penyakit tu dah lama dia menanggungnya. Saya simpati betul dengan awak mira. Saya rasa kita semua patut kutip derma untuk biaya kos rawatan alya tu.” Terang cikgu rosmah.

“terima kasih ros… sebenarnya pergi ke surat khabar itu usaha terakhir kami. Kami sekeluarga tak mampu menanggung kos rawatannya, itulah sebabnya suami saya pergi ke utusan melayu minta bantuan.” Balas amirah tanpa berselindung lagi.

“kenapa didiamkan begitu lama sampai keadaan jadi sebegini teruk mira?”

“mulanya kami nak rahsiakan maslah kami dari pengetahuan orang lian.. kami fikir nak usaha dulu setakat yang mampu.. tapi nampaknya tak boleh juga, keadaanya makin teruk hari demi hari.” Kata amirah sayu.

“ buat apalah dirahsiakan amirah… bukan ke hanya menyulitkan lagi ke keadaan awak sekeluarga. Kami guru guru dan murid murid disini semua tahu tentang penyakit alya. Inysallah sedia membantu. Saya tengok haritu ramai guru dan murid murid derma pada tabung kemanusiaan.. tentu tak ada masalah kalau nak membantu alya.” Terang cikgu rosmah.

“yalah mira.. cikgu rosmah. Saya juga simpati dengan nasib yang dialami oleh alya tu..kenapa tak bagitahu dari dulu, bukan ke senang kami nak membantu.” Kata cikgu aini yang tiba tiba mencelah perbualan mereka.

Amirah tidak terkata apa apa… dadanya sebak mendengar ucapan simpati daripada rakan sekolahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience