Bab 2

Other Completed 2660

Bab dua

selesai menguruskan hal mangsa kemalngan tersebut, azman segera meneruskan perjalannya untuk balik ke rumah bapa mertuanya itu.

“tengok ni haa.. dah pukul sepuluh dah kita dah terlepas kenduri tahlil.” Rungut amirah.

Sampai saja di perkarangan rumah bapa mertuanya dilihat pintu semua sudah ditutup dan sunyi. Mungkin sudah tidur agaknya.

Azman membunyikan hon kereta beberapa kali . tidak juga ada sahutan, azman sekeluarga turun dari kereta dan mengetuk pintu rumah. Amirah beberapa kali member salam dan memanggil emaknya.

Akhirnya, mak piah dan pak zaki membuka pintu sambil terpisat pisat matanya menahan mengantuk.

“kenapa lewat sangat jemputan pun dah lama balik mungkin dah tidur pun. ?” Tanya pak zaki sambil menjemput kami masuk kedalam rumah.

“iyelah kenapa lewat snagat?” Tanya mak piah pula.

“kitorang lewat sebab tolongan orang accident tadi dekat simpang kampung mawar. “jawab azman dengan lembut sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bapa mertuanya itu.

“ouh yeke? Teruk ke accident?” Tanya pak zaki.

“nampaknya teruk jugak ayah, dari mula kami jumpa sampai ke hospital kami bawa tak sedarkan diri.mungkin sebab darah banyak keluar agaknya.”terang azman.

“kami hantar mereka ke hospital seremban tadi,” sampuk amirah.

“ya tuk, ayah dah hantar mereka ke hospital. Ayah kerja kuat selamatkan mereka tadi.” Tambah alya.

“baguslah macamtu, kita sama sama manusia haruslah tolong menolong orang yang dalam kesusahan, tak kira bangsa agama. Inikan Malaysia hidup dengan pelbagai jenis kaum dan agama.” Terang pak zaki.

“eh, jomlah naik, hari dah malam ni. Kalau penat tidur jelah, tapi nasi kenduri tadi ada mak simpankan untuk kamu sekeluarga, amirah.” Kata mak piah.

Sesudah saja makan azman sudah tak tahan lagi menahan mata untuk bersembang dengan bapa mertuanya pak zaki yang kelihatan kembali segar dan mampu menahan mata bila diajak bersembang itu. Tanpa membuang masa dia terus meminta diri ke bilik.

Besok azman sekeliuarga akan berangkat ke johor untuk meraikan majlis perkahwinan adiknya maisarah. Azman cuba untuk meleleapkan mata tapi sukar untuknya melakukan itu, dia masih terbayangkan mangsa kemalangan tersebut. Masih hidpukah mereka? Sudah sedar ke?

Pagi di kuala linggi begitu tenang dan menyegarkan burung berkicauan menyapa riang, itik dan ayam pak zaki mula berkeliaran mencari rezeki.

Sebelum berlepas meninggalkan rumah mertuanya azman sempat menelefon pihak hospital seremban bagi menanyakan keadaan mangsa kemalangan tersebut. Alhamdulillah keduanya sudah sedar dan beransur pulih, lega sedikit hati azman.

“mira.. abang bersyukur kedua dua mangsa kemalangan yang kita selamatkan itu sudah beransur pulih, semoga usaha kita semalam tidak sia sia.” Ujar azman pada isterinya amira.

“betul ke bang mereka sudah beransur pulih?” Tanya zmirah.

“ye… nurse hospital seremban cakap pada abang tadi masa abang call.”

Azman meninggalkan rumah mertuanya dan berlepas ke rumah ibu bapanya di felda ulu terbrau,johor. Azman memandu keretanya dengan cermat, kereta dari arah johor bahru ke muar dan Melaka kelihatan begitu laju.

Azman melihat anak dan isterinya tertidur, di selekoh jalan menuju ke kulai keretanya tiba tiba berhenti. Di kiri dan kanan jalan penuh dengan kelapa sawit,seisi kereta itu terjaga dari tidur apabila kereta tiba tiba berhenti.

“kenapa ni bang kereta rosak ke? Bukan minggu dulu abang dah hantar pergi service ke?” Tanya amirah. Dia diserang kegelisahan bila melihat kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan kelapa sawit itu.

“relax, takyah risau.” Ujar azman bagi menenangkan isterinya yang kelihatan gelisah itu.

Azman cuba mencari cari punca kerosakan setakat yang diketahuinya. Tapi tak juga berhasil untuk menghidupkan kereta, amirah juga turut meninjau melihat apa yang sedang dilakukan oleh suaminya itu.

“bengkel kereta jauh ke dari sini bang?” Tanya amirah risau.

“seingat abang ada satu bengkel lebih kurang lima kilometer dari sini.” Jawab azman.

Anak anaknya mula gelisah dan berpeluh. Amirah mendukung ikhwan di bawah rimbunan kelapa sawit redup sedikit.

Azman cuba menahan beberapa buah keretanya yang lalu lalang di kawasan itu tapi tiada satu pun yang berhenti mereka hanya menghadiahkan senyuman sinis padanya. Manusia…sekali sekala angin bertiup kencang dia masih lagi menanti pertolongan.

Tiba tiba seorang pemuda cinta menaiki motorsikal menghampirinya.

“ada apa kawan?” Tanya pemuda cina tersebut ramah.

“kereta saya rosak lah, tak tahu kenapa tiba tiba nak kata tak service minggu lepas saya sudah service. Ada bengkel kereta tak kat sini?” Ujar azman.

“ada, di simpang renggam. Lima kilometer dari sini. Mari saya bawak awak pergi naik motor saya.” Pelawa pemuda cinta tersebut ikhlas.

“terima kasih.” ujar azman ringkas. Azman terpaksa meninggalkan anak isterinya seketika, risau juga dia sebenarnya untuk meninggalakan mereka Khuatir diculik atau diapakan orang. Tapi dia terpaksa.

“awak nama apa?” Tanya azman pendek.

“ken wei.. panggil saja ken.” Jawabnya ringkas.

“ouh, saya azman dari kuala lumpur.” Ujar azman cuba untuk beramah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience