Bab 6

Other Completed 2660

Bab enam

Azman memandu keretanya dengan cermat menuju ke pejabat utusan melayu di jalan chan sow lin, kuala lumpur.dia memandu sendirian. Tiba di kawasan pejabat utusan, azman meletakkan keretanya berhampiran dengan sebuah warung. Setelah mengunci pintu keretanya dia berjalan menuju ke pondok pengawal dan menyatakan pada pengawal tersebut tentang hasratnya ingin menjumpa wartawan yang dikenalinya dengan nama zany ali. Sesampainya dia di kaunter dia memberi salam.

“minta kad pengenalan cik..” kata salah seorang pegawal disitu setelah menjawab salam azman. Dia lalu menyuakan kad pengenalannya.

“tolong isi buku daftar dengan tanda tangan sekali.” Kata pengawal tersebut.

“terima kasih encik.” Ucap azman.

“ambil pas pelawat ni, pejabat wartawan di jabatan pengarang di tingkat satu.” Ujar pengawal tersebut lalu azman mengangguk dan mengucapkan terima kasih sekali lagi.

Azman terus menuju ke jabatan pengarang, dia melontasi kaunter penyambut tetamu. Dilihatnya banyak surat khabra utusan Malaysia percuma disediakan disitu untuk kaki tangan dan pelawat yang datang. Tergerak hati kecilnya untuk mengambil akhbar akhbar tersebut, apalagi dia belum sempat membeli surat khabar pagi tadi.

“assalamualaikum, boleh saya ambil surat khabar ni cik?”Tanya azman kepada penyambut tetamu tersebut.

“boleh, ambiklah cik.”jawab wanita tersebut sambil tersenyum kecil kearah azman.

Azman seronok dapat surat khabar percuma ,setelah mengambil senaskah setiap satu dia mengucapkan terima kasih. Dia kemudian membertahu tentang hajatnya untuk berjumpa dengan wartawan zany ali, dia telah menelefon zany ali lebih awal. Wartawan itu memintanya datang pada pukul sebelas pagi. Azman memasuki pejabat pengarang yang sedang sibuk dengan bunyi deringan telefon dan ketukan papan kekunci computer.

“encik boleh saya jumpa dengan encik zany ali?” Tanya azman kepada salah seorang wartawan disitu.

“ye boleh, dia ada di meja ketiga sebelah kanan.”jawab wartawan yang memang dikenali berdasarkan namanya.

“terima kasih cik..” kata azman sambil menghulurkan salam.

Azman menarik nafas dalam , meyakinkan diri sambil berjalan dengan penuh hormat ke meja zany ali. Dia mengesan beberapa orang petugas memerhatikannya dengan ekor mata masing masing.

Sementara yang lain member tumpuan kepada kerja masing masing. Bagi wartawan dan pengrang akhbar kunjungan orang ramai ke pejabat mereka merupakan perkara biasa.

Azman tahu benar peranan wartawan sebagai jambatan perhubungan antara orang ramai dan pihak pihak berwajib atau pihak tertentu dalam masyarakat. Jauh disudut hati dia berasa lega kerana wartawan zany berada di mejanya lalu dia mempercepatkan langkah.

“assalamualaikum,encik zany.. saya azman izlan. Saya yang telefon encik semalam.” Sapa azman.

Azman tahu dia perlu menunjukkan imej diri yang paling baik kerana itulah harta paling unggul seorang insan pada mata insane lain. Zany ali yang sedang tekun menyemak berita yang ditulisnya tadi mendongak. Matanya bertembung dengan mata azman.

“waalaikumsalam, oh encik azman! Baru saya teringat.” Balas zany ali ramah dan mesra. Dia lalu mempelawa azman pergi ke ruang khas untuk tetamu di hujung bilik di jabatan pengarang tersebut.

Azman memberikan latar belakang ringkas tentang keluarganya dengan penekanan kepada keadaan alya, beberapa kali dia gugup. Dia berasa janggal kerana pertama kali menceritakan masalah keluarganya pada otrang yang baru dikenali. Apakan daya itu sajalah yang dapat di ikhtiarkannya untuk kebaikan anaknya alya.

“doktor nasihatkan kami untuk mendapatkan rawatan diluar Negara dan kosnya ialah satu jumlah yang besar tiga ratus lima puluh ribu, tak termampu oleh kami, saya dan isteri saya berpendapatan sederhana, tak termampu untuk kami menanggung kos sebesar ini , inilah saya nak minta jasa baik encik untuk tuliskan berita tentang masalah kami. Moga moga ada orang yang sudi membantu kami dengan menderma pada kami supaya kami dapat membayar wang rawatan alya di London.” Azman tersenyum pahit, egonya digoyah rasa malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience