Bab 11

Other Completed 2660

Bab sebelas

Pagi itu Tan Sri abu bakar , pengarah putra holding menyelak nyelak akhbar utusan Malaysia . dia membaca halaman ke halam di samping menyemak ruangan ekonomi yang mencatatkan turun naik saham di pasaran. Setelah menyudahkan bacaannya di ruangan sukan, tiba tiba dia teringin menatap kembali halaman depan akhbar tersebut. Tersentak perasaannya apabila membaca berita tentang penderitaan alya yang memerlukan kos lebih tiga ratus lima puluh ribu untuk memindahkan hati ibunya kedalam tubuhnya.

“tak pernah seumur hidup aku dengar berita sengeri dan sedasyat ini.. kesian budak ni.” Bisik tan sri abu bakar. Tangannya segera mencapai telefon . dia mendail nombor telefon bangle besar di tepi pinggir ibu kota, lama dia menunggu telefon itu dijawab. Apa lambat sangat syarifah ni, fikirnya.

Puan sri syarifah yang sedang menghias diri di dalam bilik terkejar kejar apabila mendengra deringa telefon yang bergema di ruang tamu rumahnya yang serba mewah itu.

“assalamualaikum.. nak bercakap dengan siapa?”

“waalaikumsalam, ni abanglah.. sya dah baca utusan Malaysia hari ini? Tengok muka depan . ada berita tentang penderitaan seorang budak yang sakit kerana rosak hati dan hempedu.”

“sya belum baca lagilah bang.. mamak surat khbar baru hantar tadi.”

“elok sya baca cepat..berita tu sedih betul, menyayat hati. Bacalah.”

“tunggu kejap ye bang.. sya ambik surat khbar.”

“okaylah sayang..”

“abang tunggu ya… jangan letak telefon dulu.”

Iyer sayangh.”

Puan sri syarifah terburu buru mencari akhbar utusan Malaysia yang diletakkan di ruang tamu oleh pembantu rumahnya, mak yam. Nasibnya baik kerana akhbar itu diletakkan di atas meja.dia terus melihat muka depan.

Betul kata suaminya, berita tentang penderitaan alya terpampang disitu, lengkap dengan gambar gadis itu dengan ibu bapanya. Pantas puan sri syarifah kembali mendapatkan gagang telefon.

“helo bang.. saya dah tengok berita tentang alya tu. Betul abang cakap, berita ni memang mengharukan.. tak sangka dalam dunia ni ada insane sederita alya.”

“apa pendapat sya dalam perkara ni?”

“sya rasa kita patut bantu ibu bapa alya bang… tanggung kos rawatannya, syarikat kita pun untung banyak bang.. baik kita derma pada mereka .”

“abang pun fikir macam tu jugak.. syarikat kita untung besar tahun ni.. pelaburan kita dekat Vietnam dan kemboja untung besar.”

“yelah bang.. kita mesti segera bantu keluarga alya bang.. apa yang sya baca dekat sini keluarga alya perlu ke London dengan segera bagi merawat penyakit alya dan melakukan pemindahan hati.”

“yelah..abang sendiri akan telefon ibu bapa alya tu di Bandar tun razak untuk menawar bantuan kita.”

“bagus sangatlah tu bang.. lagi cepat kita bertindak lagi bagus. Tunggu lama lama makin teruk pula si alya ni.”

“okaylah sya.. abang akan buat secepat mungkin., terima kasih sya.. sokongan dan semangat sya tu menjadi pemangkin abang untuk selamatkan alya.”

“sama sama bang..”

Tan sri abu bakar kembali menyelak surat khabar tersebut , dia mencari kiranya ada nombor telefon ibu bapa alya tapi tidak dijumpai, wartawan lupa nak tulis mungkin.. dia terus menekan intercom dan bercakap dengan setiausahanya, mimi. Panggilannya berjawab dengan segera.

“mimi, tolong hubungi wartawan utusan malaysia zany ali yang menulis berita tentang penderitaan alya, dan Tanya dia nombor keluarga alya. Urgent!” kata tan sri abu bakar tegas.

“baiklah tan sri saya akan hubungi dengan segera.” Kata mimi.

“terima kasih.”

“sama sama.”

“ini dia nombor telefon keluarga alya, saya dah hubungi wartawan zany ali yang tulis berita itu.” Kata mimi. Selepas dia mendapat nombor keluarga alya dia terus bergegas masuk ke bilik tan sri abu bakar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience