Bab 7

Other Completed 2660

Bab tujuh

“sedih benar cerita encik azman, jangan risau saya akan tulis berita ini dan usahakan supaya ia keluar pada muka hadapan akhbar utusan Malaysia.” Kata zany ali.

“terima kasih encik zany, banyuan pihak utusan amat saya perlukan.kami dah berusaha sekuat mungkin untuk mengumpul wang, tapi tak upaya mencukupkannya dalam masa terdekat ini sedangkan penyakit alya semakin tenat. Isteri saya sudah tekad untuk memindahkan sebelah hatinya pada alya.” Jelas azman lagi. Zany ali pula membuat catatan secara rigkas.

“hebat betul pengorbana isteri encik azman tu, ada bawa gambar alya? Boleh saya sertakan sekali di dalam akhbar nanti barulah terasa real.” Ujar zany ali tangannya terus membuat catatan dengan pantas.

“ada, ini dia gambarnya.” Azman menghulurkan sekeping gambar alya.

“bagus, gambar ini saya akan siarkan sekali dengan berita itu nanti, insyaallah. Jangan bimbang saya akan cuba sedaya upaya untuk menolong encik azman. Kerana masalah anak encik azman dan keluarga turut menyentuh hati saya sendiri.” Kata zany ali.

“terima kasih encik, saya memang mengharapkan sangat bantuan utusan. Saya dah tulis surat dan mengadu pada yayasan kebajikan, dah lebih empat bulan tak ada sebarang berita lagi sedangkan penyakit alya semakin teruk, nak tunggu bila lagi.” Keluh azman tanpa dilindung lindung lagi.

“begitu… kenapa lambat sangat mereka bertindak? Nak tunggu sesuatu yang buruk berlaku baru bertindak ke?.” Kata zany ali kesal dengan tindakan mereka yang melambat lambatkan sesuatu yang amat bahaya.

“itulah yang saya alami encik. Yayasan tu seperti tak abmil endah tentang masalah yang anak saya hadapi sekarang ini.” Keluh azman lagi.

“sedih betul saya mendengar kisah alya ni, saya akan cuba sedaya upaya untuk menarik emosi pembaca agar mereka dapat menghlurkan bantuan secepat mungkin,kalau pembaca utusan boleh menderma pada tabung bosnia dan lain lain kenapa alya tidak kan..insyaallah mereka akan memberikan reaksi tentang masalah yang di alami alya ini.” Ujar zany ali bersungguh sungguh.

“terima kasih encik zany atas bantuan dan sikap perihatin pihak utusan berhubung dengan perkara ini. Maklumat yang saya beri sudah mencukupi bukan?” Tanya azman.

“saya rasa sudah memadai, sekiranya tak clear atau boss saya mahu yang lebih clear saya akan hubungi encik azman lagi nanti, ada telefon kan?” Tanya zany ali.

“ya ada.. ini nombor telefonnya, alamat rumah pun ada, ini dia.” Jawab azman sambil menghulurkan kadnya pada zany ali.

“saya rasa semuanya okay…” ujay zany ali.

“kalau begitu terima kasihlah, saya minta diri dulu, terima kasih sekali lagi.” Ujar azman sambil menghulurkan salam perpisahan.

Tanpa berlengah lengah lagi azman terus bangun untuk meninggalkan jabatan pengarang itu. Azman menuruni tangga pejabat utusan melayu lalu menuju ke pondok pengawal untuk memulangkan pas pelawat dan mengambil kad pengenalannya yang telah diserahkan pada pengawal tersebut semasa ingin memasuki pejabat utusan.

“semoga utusan Malaysia akan cepat siarkan berita penderitaan alya. Ya allah, ya tuhanku selamatkanlah anakku.”bisik azman sambil mengeluarkan kunci keretanya.

Setelah segalanya beres, azman pergi ke sekolah Bandar tun razak 2 untuk menjemput isterinya. Biasanya amirah balik sendiri dengan menaiki bus. Hari ini tergerak pula hatinya untuk mengambil amirah di sekolah. Apalagi harini dia sememangnya cuti.

“dah selesai semua kerja yang abang nak buat harini?” Tanya amirah.”

“Alhamdulillah,semuanya selesai. Tengoklah utusan Malaysia akan siarkan berita tentang alya esok lusa, insyaallah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience