Bab 14

Other Completed 2660

Bab empat belas

Azman mendatangi pejabat pengarah syarikat putra holding di lembah keramat. Azman tiba di pejabat itu pada pukul Sembilan pagi. Dia telahpun bertemu janji untuk berjumpa dengan tan sri abu bakar tokoh korporat ternama itu pada jam Sembilan lima belas.

Azman terus berjumpa dengan setiausaha tan sri abu bakar ,mimi yang juga begitu setia melayan para tetamu yang ingin berjumpa dengan tan sri Ibrahim. Pakaiannya juga sopan dan manis.

“assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan tan sri abu bakar?” ucap azman sopan.

“waalaikumsalam. Ada buat temu janji dengan tan sri?” soal mimi pula.

“ada.. belia suruh saya datang pukul Sembilan lima belas. Saya azman bapa alya.” Terang azman.

“oh ya… encik azman, bapa kepada alya yang sakit hati dan hempedu tu. Tunggu sebentar saya hubungi tan sri abu bakar. “ kata mimi.

“tan sri, encik azman bapa kepada alya ingin berjumpa dengan tan sri. Okay tan sri.”

“tan sri suruh encik azman masuk dalam biliknya.” Ujar mimi.

“okay.. terima kasih.

Azman mengetuk pintu , selang beberapa saat kedengaran suara penghuninya menyuruh dia masuk. Dia menguak pintu bilik tan sri abu bakar dengan yakin, satu senyuman diberikan pada tan sri abu bakar.

“assalamualaikum tan sri. Saya azman yang bercakap dengan tan sri malam tadi.” Kata azman memperkenalkan diri.

“waalaikumsalam silah lah duduk.” Sambut tan sri abu bakar sambil memandang tepat kea rah azman. Tangan lelaki itu dijabatnya erat.

Berita kesediaan amirah mahu mendermakan hati kepada anaknya mengemparkan seluruh Negara. Heboh di sana sini orang bercakap tentangnya.ada juga yang menyokong ada juga yang menentang.

“saya tak oeduli apa orang nak kata, saya tetap dengan pendirian saya untuk memindahkan sebahagian hati saya ke badan alya.dia lebih berhak untuk hidup lama.” Kata amirah semasa ditemu ramah oleh wartawan utusan Malaysia iaitu zany ali, temu ramah tersebut diadakan di rumah azman.

“tidakkah nanti orang ramai akan mengatakan puan amirah terlalu gairah untuk menderma walhal pembedahan itu mungkin akan menyebabkan kematian di antar salah seorang iaitu puan amirah atau alya.

Zany ali menoleh kepada alya yang sedang terbaring sambil memegang buku buku pelajaran sekolah, tak lama lagi dia akan menghadapi peperiksaan. Dia memerhatikan nadirah yang sedang melihat ibunya ditemu ramah oleh wartawan dengan penuh minta. Ikhwan pula terkebil kebil memandang kea rah mereka.

“memang ada kemungkinan salah seorang dari kami akan mati, saya atau alya. Kalau saya mati pun dalam pengorbanan ini saya redha. Asal anak saya dapat hidup seperti orang lain.” Ujar amirah. Sambil menggosok rambut lurus ikhwan, “sebagaiibu saya sentiasa ingin melihat anak anak saya hidup dengan gembira , alya berhak dapat kehidupan yang baik..”

“sebenarnya saya dan juga rakyat Malaysia yang lain begitu tertarik hati dengan kenekadan puan. Sungguh hebat sekali pengorbanan puan amirah.”

“saya rasa inilah satu satunya pengorbanan yang dapat saya lakukan untuk anak remaja saya ini. Apa guna saya seorang saja yang hidup sihat sedang kan anak saya menderita sakit.” Kata amirah tenang dengan mata redup, wajah alya dipandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience