Bab 8

Other Completed 2660

Bab lapan

Hari itu azman dan amirah mengambil cuti untuk menghadiri kursus anak cemerlang. Anjuran institusi bagi pembangunan keluarga dan kanak kanaka tau ringkasnya NURY. Kursus tersebut diadakan di dewan pusat islam kuala lumpur.

“kita mesti datang kursus anak cemerlang ni .. kalau tak rugi besar kita.” Kata azman sambil menghadap sarapan pagi.

“yalah bang… saya dengar kursus anjuran NURY ni berkesan untuk membentuk anak anak islam cemerlang,” ujar amirah sambil menyuapkan nasi ke mulut Ikhwan, alya hanya mendengar sahaja perbualan ibu bapanya itu sambil memakan roti canai.

“alya tak boleh ikut ke ayah?” Tanya alya tiba tiba.

“budak sekolah dan remaja tak boleh ikut kursus tu, hanya untuk orang dewasa sahaja alya.” Terang azman.

“kalau tak boleh pergi alya duduk rumah jelah, lagipun sabtu cuti.”kata alya.

Azman hanya menangguk, mengiyakan kata kata anaknya itu.

“kita kena keluar cepat ni mira, kursus tu start pukul sembilan sekarang dah pukul lapan. Elok kita pergi sekarang.” Ujar azman sambil meminum tehnya sampai habis,.

“okay bang, saya bersiap sekarang.” Jawab amirah sambil membasuh dan mengelap mulut ikhwan.

“kursus ni ambik masa sehari suntuk ya bang… letih juga badan dibuatnya.” Ujar amirah.

“iyalah, mesti panjang ceramahnya kalau pasal membentuk anak anak.”

Sampai saja disana mereka terus mendaftarkan diri dan membayar wang dua puluh lima ringgit dan mereka diberi cenderamata buku nota.

Dr. amni memulakan ceramahnya dengan memetik sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud “didiklah anak anakmu kerana mereka dijadikan bagi menghadapi zaman yang sama sekali berlainan daripada zamanmu.”

Azman terkesan akan maksud hadis yang disebutkan oleh dr amni tersebut, sekiranya seorang anak berusia setahun sekarang dia akan berusia dua puluh enam tahun pada tahun 2o2o nanti. Tentu anaknya akan menempuh cabaran dan persekitaran hidup yang berlainan daripada sekarang., sambil berfikir itu matanya melilau melihat keadaan sekeliling, dia anggarkan lebih kurang lima ratus orang yang menghadiri kursus tersebut. Hatinya tersentuh apabila melihat majority pesertanya ialah kaum ibu, kaum ayahnya diamana?

Kursus tersebut diakhiri tepat jam lima setengah petang . sebelum beredar, peserta kursus diminta membaca surah al asr dan mendoa agar anak masing masing menjadi cemerlang untuk menghadapi masa akan datang yang semakin mencabar.

Dalam oerjalan pulang hujan turun mencurah curah. Kereta yang dipandu azman perlahan, hujan yang turun pada petang itu menimbulkan suasana sayu dan syahdu, jauh disudut hati azman dan amirah menanam azam untuk membentuk anak anak mereka menjadi anak islam yang cemerlang, mereka singgah dirumah pengasuh ikhwan untuk menjemputnya.

“abang cadang nak hantar ikhwan ke tadika NURY bila umur dia dah cukup empat tahun nanti. Abang teringin dr amni atau ustaz nazmi atau sesiapa juga guru tadika nury mengajar ikhwan. Mesti bagus kalau ikhwan dapat pendidikan formal untuk jadi anak cemerlang sejak kecil kecil lagi.” Kata azman apabila amirah masuk kedalam kereta sambil mendukung ikhwan.

“bagus juga tu bang..” balas amirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience