Bab 9

Other Completed 2660

Bab sembilan

Penduduk Bandar tun razak dikejutkan dengan berita tentang penyakit yang dihidapi oleh alya. Perasaan mereka disentak oleh penderitaan yang di tanggung oleh alya itu, puteri remaja azman dan amirah.

Jiran jiran disekitar jalan mewah satu yang sempat membaca akhbar pagi itu sibuk bercakap tentang masalah alya, mereka tidak sangka gadis tersebut menghidap penyakit yang bahay seperti itu. Penyakit yang sedang ,mengancam nyawanya, kak siti , jiran azman sekeluarga kelam kabut memberitahu amirah tentang tersiarnya berita tentang alya.

“hai amirah, dah tengok utusan Malaysia harini ni? Berita tentang alya dan penderitaan yang dialaminya keluar di muka depan.” Kata kak siti sambil menunjukkan surat khabar utusan Malaysia itu pada amirah.

“cerita alya dah tersiar dalam utusan Malaysia? Saya belum beli lagi surat khabar.” Kata amirah yang sibuk nak pergi ke sekolah. Dia memimpin ikhwan untuk dihantar ke rumah pengasuhnya,.

“pergilah beli cepat. Nanti surat khbar habis dibeli orang.” Gesa kak siti. Dia mengambil kembali surat khabar yang ditunjukkan pada amirah tadi. Ditatapnya wajah amirah, rasa simpati melimpah melihatkan wajah amirah yang sentiasa tenang itu.

“yalah kak siti. Kejap lagi saya beli kat kedai pak mail tu.” Kata azman menyampuk. Dia masuk kedalam kereta lalu menghidupkan enjin.

“alya tak pergi sekolah harini amirah?” Tanya azman. Dia mengambil ikhwan dari dukungan amirah.

“tak bang.. cikgu nasihatkan dia berehat saja kat rumah, lagipun dia tak bermaya, keadaan semakin teruk.”jawab amirah. Tadi semasa melihat alya tidur dia merasa badan anaknya itu, alya demam.

“mira fikir taka pa ke kita tinggalkan alya sorang dirumah?” Tanya azman .

“ takapa bang.. harini sekolah setengah hari je.. sebab ada upsr, guru guru yang terlibat je bertugas saya tak terlibat jadi saya balik awal.” Terang amirah.

“kalau gitu okaylah… taklah abang risau sangat.” Azman mengeluarkan keretanya dari garaj, dia tutun semula untuk merapatkan pintuu pagar, sementara itu amirah kembali kedalam rumah untuk mendapatkan anak gadisnya.

“ alya duduk elok elok ye sayang.. sekejap lagi ibu balik.” Katanya sambil memegang bahu alya. Dahi anaknya itu dikucup sayang,. Alya hanya mengangguk perlahan. Segaris senyuman terukir di bibir pucatnya.

Setelah memastikan pintu dan pagar rumah berkunci amirah masuk kedalam kereta. Mereka meninggalkan kawasan rumah mewah satu yang ,ajoritinya penduduk keturunan melayu itu.

Azman singgah di kedai pak mail untuk membeli akhbar utusan Malaysia. Kemudia dia terus memandu ke kawasan flat sri Labuan untuk menghantar ikhwan ke rumah pengasuhnya Amirah keluar dari kereta sambil mendukung ikhwan sambil menggalas beg baju dan susunya. Azman menunggu didalam sambil mencari berita tentang anaknya alya itu.

“abang ni asyik duduk dalam kereta je.. patutnya tolonglah saya angkat beg baju ikhwan ke tingkat empat bangunan ni, mana ada lif.” Rungut amirah sambil masuk kedalam kereta.

“harini je abang tak tolong… tak sabar nak baca berita tentang alya yang zany ali tulis ni.” Ujar azman.” Sorrylah ye sayang.” Pintanya sambil mengengam tangan isterinya.

Amirah tersenyum, azman membalas senyuman itu yang dirasakan begitu manis sekali. Dia terus memandu kea rah sekolah Bandar tun razak 2 itu.

“okeylah bang.. saya tak ambil hati pun..” kata amirah sambil membetulkan duduknya.”mana surat khabar tadi? Saya pun nak tengok juga berita tentang alya.” Kata amirah gembira.

“ada kat poket belakang tempat duduk abang ni.. nampaknya langkah pertama abang dah berhasil.” Ujar azman sambil membelokkan keretanya ke taman jaya. “ Alhamdulillah reaksinya pun kita dah dapat tadi.”

“ saya bawa ke sekolah ye bang.. eh tak sabar nak baca.” Kata amirah sambil membuka muka depan surat khabar tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience