Bab 12

Other Completed 2660

Bab dua belas

Harini tan sri abu bakar tidak melakukan tugas rutinnya di pejabat melainkan berfikir tentang cara untuk memabntu keluarga alya. Hati tan sri abu bakar yang kian disuluh nur keinsafan sejak kembali daripada mengerjakan haji selalu terdetik untuk membantu golongan miskin dan menderita.

“helo, assalamualaikum, ini rumah keluarga alya ke?” Tanya tan sri abu bakar lembut.

“waalaikumsalam, ya , ini rumah alya, itu siapa?”jawab alya.

“saya tan sri abu bakar, pengarah syarikat putra holding, ibu atau bapa ada di rumah?”

“ayah dan ibu pergi kerja.” Jawab alya. Suaranya sedikit terketar.

“ini.. alya yang sakit hati dan hempedu tu ke?” Tanya tan sri abu bakar lembut.

“ya saya alya…” jawabnya. Dia tertanya Tanya siapakah gerangan yang menelefonnya ini. Seumur hidup dia tak pernah mengenali nama tan sri abu bakar.

“alya.. nanti tolong bagitahu ayah atau ibu alya, ada seorang hartawan yang ingin menanggung segala kos pembedahan alya dan ibu alya.” Kata tan sri abu bakar.

“terima kasih encik..tapi kalau senang lagi telefonlah ibu saya, selalunya ibu balik pukul dua petang. Harini katanya tadi dia mungkin balik lebih awal daripada selalu.” Kata alya, suaranya masih terketar ketar dia tak larat.

“ okaylah kalau macam tu alya.. saya akan telefon pada pukul 2 petang nanti.” Kata tan sri abu bakar gembira.

Pada pukul dua petang itu tan sri abu bakar sudah bersiap sedia untuk menelefon ibu alya, mungkin dia sudah pulang dari kerja.

“helo.. assalamualaikum, ini rumah keluarga alya ke?” Tanya tan sri abu bakar.

“waalaikumsalam. Ya, ini rumah keluarga alya. Saya ibunya , amirah. Ada apa encik?” Tanya amirah .

“saya tan sri abu bakar, pengarah syarikat putra holding, semalam saya ada baca surat khbar tentang penderitaa alya.saya sangat terharu.” Kata tan sri abu bakar. Tersisi nada simpati pada suaranya.

Lalu mereka membincangkan tentang hal hal penyakit dan kos perubatan alya yang akan dilakukan di London itu.

“insyaallah.. saya akan sampaikan pada suami saya, kalau saya nak hubungi tan sri macam mana ye? Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak pada tan sri sebab sanggup menolong kami.” Kata amirah terharu.

“nombor telefon rumah saya …. Dapat ye?” Tanya tan sri abu bakar.

“dapat, insyallah suami saya akan telefon tan sri kembali, terima kasih sekali lagi tan sri.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience