Bab 3

Other Completed 2660

Bab tiga

Selesai saja masalah kereta mereka yang rosak azman mula meneruskan perjalannya.

Azman berasa janggal sekembalinya ke felda ulu tebrau. Banyak perubahan dilihatnya.

Hari ini azman meraikan hari bahagia adiknya maisarah yang merupakan salah seorang dari enam orang adik beradiknya yang lain. Ramai betul orang dating ke majlis walimatulurus yang permai itu. Dia tak menyangka dikunjungi oleh murad Daniel rakan sengaktannya pada zaman sekolah dahulu yang kebetulan pulang kerana cuti sem.

“apa khabar man?” Tanya murad Daniel.

“kahabar baik…tambahlah nasi minyak tu…dah lama kita tak jumpa,sambil sambil makan tu boleh lah kita berbual panjang.”lalu azman duduk di kerusi disebelah murad Daniel menemani mereka anak beranak makan.

Isteri murad yang berketutunan british itu sarah Wilson yang fasih berbahasa melayu itu dating bersama anak anaknya iaitu Julio dimitri dan Julia collete datang bersamanya. Murad yang berketurunan melayu jawa itu beruntung kerana berkahwin dengan seorang wanita barat yang meminati budaya timur.

“tambah nasinya sarah,, jangan malu malu, ini nasi minyak special.” Ujar azman sambil menambahkan lagi nasi minyak ke pinggan sarah.

“ banyak terima kasih..” ujarnya dalam bahasa melayu yang sedikit pelat.

“tambahlah lagi jangan malu malu bukan selalu nak dapat makan nasi minyak kenduri kahwin.” Ujar azman lalu menyendukkan nasi ke anak anak murad Julio dan Julia sertas murad sendiri.

“sudah man.. sudah aku dah kenyang ni.” Ujar murad Daniel sambil tersengih menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi itu.

“kau tak makan sekali ke?” Tanya murad.

“aku dah makan tadi.. cuckuplah aku meraikan kedatangan kau yang sedang bercuti ni, aku teman kau makan.” Jawab azman.

Para pengunjung terus datang ke majlis perkahwinan adik azman itu, tidak putus putus sama ada lelaki atau perempuan, para peneroka dari sekitar peringkat dua dari blok blok yang lain yang berhampiran juga turut jatang. Maklumlah sudah lama tidak dibuat majlis majlis seperti ini si situ.

“Ramai betul orang datang ke majlis ni man..” kata murad.

“ha’ah memang ramai murad, aku dengan bapak aku pun tak sangka nak ramai macam ni..aku rasa mereka datang ramai ramai ni sebab nak tengok kau sekali kot yelah bawak isteri keturunan british.hehe.” ujar azman mengusik murad.

“menagrut je kau ni man…isteri aku pun perempuan jugak.. apa yang peliknya.” Balas murad.

“tapi kau taukan jarang orang melayu kahwin dengan orang putih…” ujar azman.

“jodoh.. azman. Aku pun tak sangka dapat kahwin dengan gadis orang putih macam sarah ni. “ ujar murad merendah diri.

“anak anak kau mana man?” Tanya murad tiba tiba.

“mungkin ada kat atas rumah.. sibuk nak tengok pengantin, maklumlah budak budak.” Balas azman.

“berapa orang anak kau?” Tanya murad sambil memandang tepat kearah azman.

“anak anak aku ada dua je sekrang ni.. yang pertama empat belas tahun Alya Zahra namanya.. yang kedua nak masuk dua tahun baru ikhwan arif.. tapi yang sulung tu ada masalah sikit..” ujar azman.

“masalah apa man?” Tanya murad,.

“doktor sahkan yang alya mengalami masalah rosak hati dan hempedu, tapi syukurlah allah masih panjang kan lagi umur dia sampai besar ni. Ikut ramalan doktor alya boleh hidup 1 hingga 2 tahun je lagi kalau tak dapat penderma hati.” Terang azman. Perit rasanya bila anak perempuan satu satunya dia mengalami penyakit yang boleh membawa kematian.

“ya allah…teruk penyakit anak kau tu man..” ujar murad simpati dengan keadaan anak kawan baiknya itu.

“itulah keadaan alya yang aku kena hadapi selama bertahun tahun ni murad..doktor pakar hospital kuala lumpur cadangkan aku hantar alya ke London untuk buat rawatan di sana tapi kos rawatan di sana di luar kemampuan aku murad..” ujar azman.

“aku simpati dengan masalah yang kau hadapi sekarang ni man.. kau tak cuba ke berubat secara tradisional.. setahu aku orang melayu ni pun tak kurang hebatnya dalam merawat penyakit penyakit seperti ini..” ujar murad Daniel member cadangan. Dia sungguh bersimpati dengan anak azman, dia ingin mencari jalan macam mana untuk mengubati penyakit yang dialami oleh alya itu.

“ alya tak boleh di ubat secara tradisional murad.. dah macam macam aku ikhtiarkan tapi tetap jugak tak dapat disembuhkan.. kerosakan hati dan hempedu boleh diubat dengan adanya seorang insane yang sudi menderma organ dalam mereka rad..” ujar azman lemah.

“berat penyakit anak kau ni azman.. risau aku mendengarnya yelah dia masih muda. Memang aku tahu manusia tak boleh hidup sempurna kalau hati dan hempedunya rosak.. yalah fungsi hati yang penting ialah menapis darah dan toksin dalam badan kalau rosak mesti fungsinya terganggu.. jadi apa tindakan kau sekrarang ni man?” Tanya murad dengan nada yang rendah. Perasaan simpatinya membuak buak.

“sekarang ni aku cuba fikirkan tentang peluang membawa alya ke London untuk menjalani rawatan di sana. Itu saja harapan kami, tapi tulah entah bila harapan kami tu akan tercapai.” Ujar azman sayu.

Terkedu murad mendengar penjelasan daripada azman itu.. setelah seketika, dia bersuara.

“kau tak cuba minta tolong dari ahli ahli korporat ke man? Mana tahu diorang boleh tolong. Orang melayu jutawan ramai sekarang ni man..” Tanya murad sambil member icadangan cadangan.

“segan aku..” jawab azman perlahan.

“melayu baru tak boleh segan segan bro.. ini untuk kehidupan anak kau juga di masa akan datang. Kau cuba lah dulu. Belum cuba belum tahu man..” ujar murad member nasihat.

“tengoklah macam mana nanti murad..”balas azman ribgkas.

Murad Daniel terasa suasana yang tadinya ceria tiba tiba bertukar suram. Dia pun begitu lama mengambil masa azman yang melayani mereka sekeluarga dengan baik dan mesra. Dia tak mahu azman tertekan dengan pertanyaan pertanyaannya tentang alya yang amat menyedihkan itu, dia rasa wajar baginya untuk meminta diri dulu.

“man aku anak beranak minta diri dulu. Dah lama sangat aku disini.”ujar murad sambil mengajak anak bininya pulang. “aku doakan kau supaya cepat hantar alya ke London bagi menjalani rawatan di sana.”tambahnya lagi.

“ahh yelah, insyaallah, amin semoga makbul doa kau murad,.” Balas azman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience