BAB 14

Humor Completed 11778

2 minggu berlalu. Aku baru pulang dari PD untuk mengawas dan menyelia kerja pembinaan semula resort peranginan di PD. Penat jangan cakaplah. Pantang ada peluang, mesti aku curi-curi lelapkan mata.

Kata Opie, Kak Ira ada call dia dua tiga kali tanya pasal Osem sebab nak settle kan duit gaji. 2 bulan lebih aku kerja, aku memang tak ambil duit gaji. Buat apa. Aku bukan nak duit. Aku cuma nak jaga Arman. Kata Opie lagi, Arman pun tengah cari Osem.Hmm.. dia cari Osem, bukannya aku.

Seketika interkomku berbunyi. “Murni Asyiqin.. masuk bilik aku kejap,”arah Opie.

Keningku berkerut. Opie panggil aku Murni Asyiqin? Apa kes dia panggil full name aku? Sebaik saja pintu dibuka aku melihat ada seseorang sedang duduk dihadapan Opie. Eh! Macam… Abang Arman?

“Aku pasti kau orang ada banyak benda yang nak dibualkan. Maklumlah dah lama tak jumpa kan. So, you’ll berbual-buallah dulu. Aku keluar kejap,”kata Opie sambil ingin berlalu meninggalkan kami. Aku menarik lengan Opie. Opie dengan pantas menepis peganganku. Aku memberi isyarat mata supaya dia stay. Tapi Opie jelir lidah tanda tak mahu. Ah! Opie ni…

Aku masih berdiri di tepi pintu. Arman pula masih duduk seperti tadi.Sikit pun tak berkalik memandangku. Kenapa dia nak datang kesini? Sure Opie dah bocorkan segala rahsia aku pada dia!

“Kenapa Mon sanggup buat semua tu?”soalan itu keluar dari mulutnya setelah sekian lama terdiam.

“Mon buat apa?”sengaja aku pura-pura tak tahu.

“Menyamar jadi Osem tu, bukan Mon?”tanya Arman. Aku terdiam.

“Jawablah, kenapa Mon sanggup buat semua tu?” Arman ulang soalan itu. Seketika aku menarik nafas dalam.Aku rasa inilah masanya untuk aku berterus-terang.Biar dia tahu dan biar hatiku tenang.

“Mon buat semua tu sebab Mon sayangkan Abang. Kan dari dulu Mon dah kata yang Mon cintakan Abang seorang,” jawabku.

Arman tertunduk. Seketika aku mendengar dia menangis. Perlahan-lahan aku mendekati dia. Aku memerhatikan dia. Arman benar-benar menangis. Hidungnya merah-merah. Berkali-kali dia berdehem membetulkan suaranya lalu mengangkat muka. Matanya kami bertentangan.

“Jom kahwin dengan abang!”ajak Arman. Membuntang mataku mendengarkan katanya tadi.

“Abang jangan bergurau. Qistina macam-mana? Mon tak nak dituduh jadi perampas pula nanti. Walaupun Mon cintakan Abang.. tapi, Mon takkan sanggup menyakiti hati sesama perempuan,”jawabku. Arman senyum.

“Sebenarnya,abang dah putuskan pertunangan kami minggu lepas,”jawab Arman.Berkerut keningku.

“Kenapa? Bukankah Abang dah bagi dia peluang kedua?”

“Peluang kedua takkan sama dengan peluang pertama. Ada betulnya kata Mon hari tu. Kalau dia cintakan Abang, dia takkan tinggalkan Abang tak kira waktu susah atau senang. Sekarang ni, hati Abang yakin dengan 1 perkara. Nikahi orang yang betul-betul cintakan kita, dan dia pasti akan jaga kita dengan sepenuh hatinya,”

“Mungkin cinta Abang tak sebesar cinta Mon. Tapi, abang harap Mon sudi terima abang dan mahu mulakan hidup baru dengan abang,”kata Arman dengan nada suara seperti menahan tangisan. Aku senyum. Dia mudah marah, mudah pula menangis. Itulah Arman.. tempatnya istimewa dihatiku.

“Hmm..tanya sikit boleh? Macam mana Abang boleh tahu rahsia Mon ni?”tanyaku.

“Opie yang cerita,”jawab Arman. Hah! Siapa lagi yang bocorkan rahsia kalau bukan Opie kan! Memang tak boleh dipercayai betul mengkarong tu!

“Sejak bila pula Abang tahu yang Cik Osem tu Mon?”tanyaku lagi.

“Sejak dua hari lepas. Opie datang rumah dan dia cerita semuanya,” cerita Arman. Seketika Opie masuk ke bilik dengan senyuman meleret. Disebelahnya ada Kak Huda isterinya.

“Sebelum apa-apa, aku nak minta maaf pada kau Mon. Aku bukan sengaja bocorkan rahsia kau pada Arman. Tapi, aku nak kau tahu… mana ada abang yang rela tengok adik dia berkorban sampai macam tu sekali. Aku tak sanggup tengok kau sedih. Aku nak kau bahagia Mon. Jadi, aku ceritakan semuanya pada Arman. Maafkan aku ya..” cerita Opie. Airmataku jatuh.

“Aku sayang kau Pie,”bisikku.

“Shht! Janganlah cakap kuat-kuat. Nanti Huda jealous,”balas Opie. Matanya berkaca-kaca.

“Oklah! Aku dengan Huda nak keluar lunch. Kau orang continue lah ya,”kata Opie. Aku tersenyum lalu mata mengiringi langkah Opie dan Huda menuju ke lift.

“So, kita ni macam-mana?”Aku menoleh memandang Arman.Seketika aku menjungkit bahu tanda tidak tahu.

—————————-

Aku dan Arman disatukan keluarga 2 bulan kemudian. Majlis pernikahan kami sederhana tapi cukup sempurna. Hari ini genap seminggu kami bergelar pasangan suami isteri. Hari ini, Isnin. Aku dan dia berjalan sama-sama dengan adik-adik yang baru balik dari sekolah. Saat itu aku merasakan memori 13 tahun dulu kembali dalam diriku.

Tapi bezanya kini, aku tidak lagi berjalan mengikutnya dari belakang. Aku kini berdiri disisinya. Menggenggam erat jari-jemarinya. Bau badannya selalu menyamankan hatiku.

Renungan matanya membuatkan aku resah selalu. Senyum bibirnya umpama penawar duka dan laraku. Pelukkannya umpama balutan baldu tebal yang menyelamatkanku dari ancaman seteru. Arman.. sungguh! Aku cinta padamu.

“ Kalau kau mencintai dia.. jangan pernah berhenti berharap.

Jangan pernah berhenti berdoa. Kerana satu saat Allah pasti mendengar.

Dan Allah itu, takkan pernah mensia-siakan permohonan hamba-hambaNya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience