BAB 3

Humor Completed 11778

13 tahun berlalu. Nama Arman masih selalu ku sebut-sebut walaupun kisah itu sudah lama berlaku. Dengar cerita, sudah 2 bulan Arman pulang dari US. 3 tahun menyambung pelajaran dan 3 tahun bertugas disana. Sekarang ni dia dah ada syarikat sendiri. Opie dan aku kini kerja 1 company. Company Opie sebenarnya. Aku kuli je!

Bila aku tahu Opie masih berhubung dengan Arman, aku minta Opie bawa aku jumpa dia. Tapi Opie kata, Arman takkan nak jumpa dengan aku lagi. Mungkin ada betulnya kata Opie. Tahun lepas, Arman bertunang.Hancur luruh hatiku bila dengar berita tu. Bertahun-tahun aku tunggu dia tapi

akhirnya… Ah! Tak apalah. Asal Abang Arman bahagia, aku pun tumpang happy sama.

Tengahari ni Opie janji nak ajak aku keluar makan. 20 minit perjalanan akhirnya kereta Opie berhenti di sebuah banglo 2 tingkat. Berkerut keningku. Rumah siapa pulak ni?

“Kita nak makan dekat sini ke Pie?”tanya aku.

“Tak. Kita datang sini nak melawat orang,”

“Nak lawat siapa? Ni rumah siapa Pie?”tanyaku lagi sambil mata memandang sekitar banglo itu.

“Ni rumah Arman,”jawab Opie. Aku terkejut. Langkahku mati.

“Rumah Abang Arman? Kita datang nak lawat dia ke?” Opie angguk.

“Arman balik Malaysia bukan sebab dia nak kembangkan busines dia semata-mata tapi, dia nak berubat lepas dia excident di US,”cerita Opie.

“Abang Arman excident? Kenapa hari ni baru kau bagitahu aku!” marahku. Opie meletakkan jadi telunjuknya dihujung bibir tanda menyuruhku perlahankan suara.

“Sebab tu masa kau pujuk aku nak jumpa Arman aku taknak bawa. Aku sebenarnya… Ah! Macam nilah, kita masuk dulu tengok dia boleh?” ajak Opie sambil menarik lenganku.

Seorang wanita 30an menyambut kehadiran kami dengan mesra. Kak Ira.. Dia jauh lebih cantik dari dulu. Sudah punya 3 orang cahayamata. Dia dan suaminya kini mengendalikan syarikat milik Arman. Pakcik Sharif ayah Arman pula sudah meninggal dunia sekitar 4 tahun lalu.

Kak Ira mengajak aku dan Opie ke kolam renang. Disana aku melihat seorang lelaki sedang duduk diatas kerusi roda sambil termenung jauh. Kata Kak Ira, doktor yang merawat Arman ada bagitahu yang kakinya memang boleh sembuh asalkan Arman rajin buat terapi. Tapi, sekalipun Arman sembuh berkemungkinan dia tak akan dapat berjalan sempurna macam dulu. Bergenang airmataku bila mendengar cerita Kak Ira.

“Eh.. lupa Kak Ira nak tanya, kawan Opie ni siapa nama?” Cepat-cepat aku mengesat airmata.

“Saya Syiqin,”kataku. Kening Opie berkerut memandangku. Namun dia seperti faham mengapa aku tidak menyebut nama Mon. Opie mendekati Arman. Aku ikut dari belakang.

Opie cuba mengajak Arman berbual namun Arman kelihatan sangat lemah. Mataku tidak lepas dari memandang lelaki itu. Satu-satunya wajah yang sangat aku rindui 13 tahun lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience