BAB 10

Humor Completed 11778

Dengan minta izin dari Makcik Kamariah aku mula memasak. Arman duduk dimeja dapur sambil membaca majalah. Sengaja aku letakkan suratkhabat dan buku-buku disitu. Biar mindanya juga bergerak. Dia tak boleh dibiarkan murung terus.

Dalam pada sibuk memasak sempat juga aku curi-curi tangkap gambar dia. Siap jadi wallpaper handphone lagi! Selesai masak aku mengisi nasi ke dalam pinggannya. Arman termenung melihat pinggan dan lauk-lauk dihadapannya itu.

“Makanlah Tuan,”kataku. Arman angguk tapi setelah itu tiada respon apa-apa.

Aku ambil lauk ayam dan sayur lalu ku letakkan kedalam pinggannya. Namun, dia masih seperti tadi. Keningku berkerut.Kenapa dia ni?Aku sudukan nasi lalu ku suakan kepadanya.Arman memandangku.

“Jangan paksa aku boleh tak!”marah Arman. Aku senyum. Dia marah lagi!

“Makanlah sikit Tuan,”pujukku. Arman mendengus.

“Makanlah sikit Tuan yang kacak,”aku tak putus asa.

“Kau memang tak faham bahasa kan?”marah Arman. Aku senyum.Tahu tak apa!

“Makanlah sikit Tuan yang tomey-tomey,”aku buat suara comel. Arman menjeling ke mukaku.

“Makanlah Tuan yang anje-anje…”aku buat suara manja pula. Arman masih tiada respon.

“Makanlah sikit Tuan yang bucuk-bucuk…” kataku sambil mengelip-ngelipkan mata.

Arman senyum. Yes! Nampaknya dia tergoda juga dengan pujukkanku. Lambat-lambat dibuka juga mulutnya. Sesudah lunch aku hantar Arman naik ke biliknya. Satu dua langkah, berhenti. Kemudian sambung lagi. Mulutnya pula tak henti-henti membebel. Dia marah-marah bila tubuh aku senget bila memapahnya. Mahu tak senget, dia berat kot! Badan je kurus tapi tulang besi!

Ketika Arman solat aku minta izin pada Makcik Kamariah untuk pulang sebentar. Sebenarnya memang ini rutinku. 1jam rehat lunch hour aku akan balik ke rumah. Nak solat dirumah. Kalau solat di sini mahu bocor rahsia Dayang Senandung palsu aku ni!

Jarak antara rumahku ke rumah Arman saja makan masa 15 minit perjalanan. Kereta aku parkir jauh. Selang 5 rumah dari rumah Arman.

2.30 petang aku sampai lagi dirumah Arman. Aku tak terus naik ke kebilik Arman tapi terus ke dapur membantu Bibik mengemas apa yang patut.3 petang aku naik ketingkat atas. Arman harus terapi.

“Jom Tuan, kito turun buat terapi,”ajakku sebaik saja masuk ke biliknya.

“Tadikan dah buat macam-macam. Petang ni rehat-rehat ajelah,”Arman mula bagi alasan.

“Mano buleh macam tu Tuan. Jomlah kito turun, dapat buat sikit pun jadilah.”pujukku.

Arman diam.Tangannya menggamit aku supaya mendekatinya. Aku menuruti arahannya. Arman menghulurkan Ipadnya padaku. Keningku berkerut. Ada foto seorang gadis cantik bak supermodel didalam folder imejnya. Siapa dia?

“Dia.. Qistina. Bekas tunang aku,” kata Arman. Keningku berkerut. Bekas tunang?

“Aku sepatutnya bernikah dengan dia 2 bulan lepas.Tapi, aku kemalangan. Mama bawa aku balik ke Malaysia untuk berubat disini. Aku sungguh-sungguh nak pulih sebab aku tak nak dia tunggu lama. Tapi, bulan lepas dia datang untuk putuskan pertunangan kami. Qis kata, dia dah tak sanggup tunggu kesembuhan aku,”cerita Arman berhenti disitu.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Patutlah Arman down sangat. Inilah sebabnya. Dahlah sakit, tunang pula buat hal. Nasib baik ada Kak Ira dan suami yang membantu dalam urusan pentadbiran syarikatnya. Kalau tak, mahu bankrup syarikat dia tu. Seraut wajah terluka itu ku pandang.

Jangan sedih Abang Arman… Mon kan ada. Mon akan jaga Abang selagi ada tenaga. Mon janji, hanya Abang yang Mon cintai. Walaupun Abang tak pernah tahu betapa dalamnya cinta Mon ini.. aku tertunduk. Cermin mataku tanggal untuk mengelap airmata yang jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience