BAB 13

Humor Completed 11778

Aku berbaring diatas katil.Terbungkang macam anak gajah. Hampir 3 bulan aku bekerja tanpa cuti. Isnin hingga Ahad dirumah Arman. Malam pula sibuk dengan kerja pejabat. Dan mulai hari ini aku bebas.Tak perlu lagi ke rumah Arman.

“Janganlah pandang aku macam tu. Aku oklah,”kataku pada Opie.Dia datang ke rumah bila dapat tahu yang aku sudah berhenti bekerja di rumah Arman.

“Mata rabak macam tu nak kata ok!”omel Opie. Aku pandang wajahnya. Dia nampak risau.

“Pie, Abang Arman…”tak sempat aku menghabiskan ayat airmataku turun mencurah-curah.

“Mon, please… jangan nangis.Cuba kau ingat apa tujuan kau kerja disana dulu? Cuma untuk jaga Arman saja kan?” pujuk Opie.Aku masih menangis. Memang dulu niatku cuma mahu menjaga dia yang sakit. Tapi, salahkah kalau aku punya keinginan untuk memilikinya? Seketika ubun-ubun kepalaku yang dilindungi tudung disentuh Opie.

“Sudahlah dik. Jangan nangis lagi,” nasihat Opie lagi. Aku pandang ke mukanya. Setiap kali aku sedih dia selalu memanggilku dengan panggilan adik. Bukan Mon.

“Aku sayang kau Pie,”kataku. Opie senyum. Matanya juga berkaca-kaca.

Kadang-kala kita memang perlu pasrah. Bukan kerana kita menyerah tapi kerana kita tahu yang kita pasti akan kalah. Seperti aku. Aku tahu Qistina pasti memiliki Arman. Dan kerana hakikat itu aku terlebih dahulu mengundurkan diri kerana aku tak mahu hatiku luka lebih dalam lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience