BAB 2

Humor Completed 11778

Pagi-pagi lepas sarapan aku dah bersiap-siap ke rumah Arman. Kata Opie, mereka berangkat selepas Zuhur. Aku ajak Opie teman. Aku nak jumpa dia buat kali terakhir. Sampai di rumah Arman aku lihat ada 2 buah lori dihadapan lamannya. Semua orang tengah sibuk mengemas apa yang patut.

Kak Ira kakak Arman menyuruh kami mencari Arman di stor belakang. Opie suruh aku mendekati Arman yang sedang sibuk menyusun kotak. Macam selalu, aku tak berani nak tegur dia. Aku hanya duduk dibelakang dia tanpa berbunyi. Lepastu bila dia perasan, dia pasti akan marah-marah.

“Eeeh..!! Kau ni macam hantu saka lah! Suka buat aku terkejut. Buat apa sini?”marah Arman. Aku tersengeh. Kan aku dah cakap. Arman mesti marah-marah.

“Kenapa Abang nak pindah tak bagitahu Mon?”kataku.

“Kenapa aku kena bagitahu kau pulak?”soal Arman.

“Tak adalah..sekurang-kurangnya bila Abang bagitahu, tak adalah Mon sedih,”jawabku.

“Kenapa pulak kau nak sedih?”soal Arman lagi.

“Sebab… Sebab…err..”ayatku mati.

“Sebab lepas ni dah tak ada orang yang kau nak ikut balik? Macam tu?”soal Arman.

Aku garu pipi. Apa kes dia cakap macam tu? Dia ingat aku ni betul-betul hantu saka ke nak ikut orang balik?Biar Arman tak fikir benda lain. Perlahan-lahan aku angguk.Arman ketawa. Aku tertunduk. Ceh!

“Aku sebenarnya dah lama aku nak tanya, kenapa kau selalu ikut aku?”tanya Arman.

“Sebab Mon… Mon..”ayatku mati lagi.

“Sebab dia suka dekat kaulah… dia jatuh cinta dengan kau. Itu pun tak faham ke?” kata Opie.

Membulat matanya aku memandang Opie. Kurang asam kau Pie! Kenapa kau pecah rahsia aku?? Arman memandangku. Matanya fokus terus ke mataku. Aku tertunduk.Darahku terasa berderau.

“Betul kau cintakan aku?”soal Arman. Aku angguk sekali lalu tertunduk lagi. Arman ketawa.

“Eh, budak kecik mana boleh bercintalah,”kata Arman.

“Apa salahnya? Bila dah besar nanti boleh terus kahwin,”jawabku. Sekali lagi Arman ketawa.

“Kau nak kahwin dengan aku?”soal Arman lagi. Aku angguk berkali-kali.

“Kelakarlah kau nih! Ada fikir sampai ke situ pulak,”kata Arman sambil ketawa.

“Kenapa? Abang tak nak kahwin dengan Mon ke?” Muka seposen je masa tanya soalan tu!

Arman berhenti ketawa. Mukanya nampak serius. Perlahan-lahan dia menggeleng tanda tidak mahu. Aku mengetap bibir. Airmata mahu gugur. Dadaku sempit. Tanpa sempat ucapkan selamat jalan aku berlari balik. Opie berkali-kali memanggilku. Aku nak balik. Nak baliiiikkkk…! Abang Arman jahat!

Petang itu sebelum keluarga Arman berangkat ke Kuala Lumpur, kereta mereka berhenti dihalaman rumahku. Kak Ira datang lalu menyerahkan sesuatu padaku. Kata Kak Ira itu surat dari Arman. Malam sebelum tidur aku buka sampul itu. Isinya bukan saja surat tapi ada riben sepit rambut berwarna pink yang comel. Dengan cermat aku buka surat itu.

19/12/2000 @ Ahad

Assalamualaikum..

Aku tak tahu nak bagi apa. Harap hadiah kecil itu kau terima.Jaga elok-elok, jangan hilangkan! Pasal tadi tu… kau marah aku ke? Sorry kalau aku buat kau marah. Tapi, aku memang taknak kahwin dengan orang yang tak ada pelajaran. Kalau kau nak kahwin dengan aku, kau kena berjaya dulu. Jadi orang yang berguna. Kejar dulu cita-cita kau.

Soal cinta, biar Allah yang atur. Aku mesti rindu pada kau yang selalu ikut aku balik dari sekolah.

Sebab apa rindu, sebab lepas ni dah tak akan ada orang lain yang buat macam tu.. kau sorang je yang pelik! Lagi 1, tolong tukar spek mata kau tu boleh? Dah macam Cikgu Bedah aku tengok. Haha! Jaga diri baik-baik. – Arman Iskandar-

Berkali-kali isi surat itu ku baca. Ayat dan isinya cukup ringkas tapi punya maksud yang mendalam bagiku. Surat itu ku simpan rapi. Jadi orang yang berjaya.. ayat itu akan ku pegang sebagai azimat.

Tunggu Mon ya Abang Arman. Suatu hari nanti kita pasti bertemu lagi..bisikku pada angin malam sebelum terlena memeluk surat dari dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience