BAB 8

Humor Completed 11778

Bayangkan betapa penatnya aku. Pagi dari jam 8.00 hingga 6.00 petang aku dirumah Arman. Balik rumah dari lepas Maghrib sampailah tengah malam aku kena menghadap kerja pejabat pula. Kadang-kadang aku tak balik rumah pun, singgah rumah Opie dan buat kerja disana.

3 minggu berlalu. Muka aku ni dah naik gatal-gatal sebab tiap-tiap hari terpaksa make-up untuk gelapkan kulit. Hai itulah! Nak sangat jadi Dayang Senandung kan. Arman sekarang dah boleh berjalan sedikit sedikit. Tapi degilnya masih sama. Masih perlu diugut dan dipujuk rayu setiap kali sesi terapi.

Hari ini misi aku, dia harus lebih banyak bergerak. Tak boleh nak harapkan terapi je. Aku cuba gerakkan dia dari tidur. 3 kali aku panggil tapi tak juga tak ada respon. Aih! Tak boleh jadi ni.

“WOI API..!! RUMAH TERBAKAR…RUMAH TERBAKAARRR…!!” jeritku. Automatik Arman bangun. YES!

“Kau ni kan!!”marah Arman. Aku ketawa. Gila comel muka dia bila cuak macam tu!

“Tuan, hari ni kito sarapan awal sikit sobab ado banyak kojo yang kito kono buat hari ni,” kataku sambil meletakkan hidangan sarapan pagi dimeja bulat di balkoni biliknya.

“Jom minum dekat sano,” ajakku. Arman macam selalu tak mahu bergerak. Duduk memeluk tubuh sambil memandang tajam ke mukaku.

“Agak-agak, bila kau nak berhenti?” tanya Arman.

“Agak-agak Tuan dah sihat, den berhentilah.”jawabku selamba.

Arman masih merenung mukaku. Aku membalas renungan itu dengan senyuman. Kedua-dua belah kakinya ku tarik hingga mencecah lantai.

Lengannya aku pegang untuk membantunya bangun. Perlahan-lahan Arman bangkit. Seperti selalu aku tak pernah memaksa dia. Cukup dua tiga langkah kemudian berhenti. Setelah penat hilang, melangkah lagi hingga sampai tempat yang dituju.

Hot coklat dan 2 biji telur tiga suku masak menu sarapan Arman pagi ini. Dia suka sangat dengan air coklat panas. Aku tahu dia memang sukakan coklat. Macam dulu, dia selalu gigit choki-choki. Comel je kan?

Tapi, aku hairan.Untuk menghabiskan hidangan makanan yang sekecil ini pun susah inikan pula makanan berat seperti nasi. Selera makannya betul-betul sudah hilang.

Aku memerhatikan dia bersarapan. Coklat panas diteguk sedikit demi sedikit lalu menumpahkan pandangan pada panorama sekitar banglonya. Matanya kelihatan sayu. Jambang dimukanya pula semakin tebal. Eeeeww..! Dah macam rupa bangla jual roti dah aku nengoknya!

Satu perkara yang aku selalu tertanya-tanya…. mana tunang Arman? Bukankah dia dah bertunang tahun lepas? Kalau ikutkan hati, nak je aku tanya tapi.. lebih baik jangan. Nanti apa pula kata Arman.

Selesai sarapan aku ajak Arman mengemas setiap ruangan di biliknya. Aku juga ajak dia tukar dekorasi bilik supaya lebih cozy. Mula-mula mengamuk jugalah si Arman tu. Tapi peduli apa aku!

“All done!”kata Arman sebaik saja kami selesai berkemas.

“Eh! Bilik memang dah tapi Tuan punyo bilik belum laie,” berkerut dahi Arman. Aku ambil cermin lalu ku hadapkan ke mukanya.

“Cubo Tuan tengok apo yang belum solosai?”tanyaku. Arman terdiam. Jambang yang tumbuh melata di dagu dan pipinya disentuh. Seketika dia mengeluh.

“Nanti-nantilah cukur,”katanya.

“Kenapo pulak nanti-nanti? Tuan, kalau kito nak sihat bondo-bondo yang remeh macam ni pun kono ambil peduli. Jangan disobabkan Tuan risaukan kaki, bahagian badan yang lain terabai penjagaannyo,”khutbahku. Arman masih diam.Matanya masih merenung mukanya didalam cermin.

Sebenarnya aku dah ada plan untuk Arman. Tadi aku call Uncle Jemmy tukang gunting yang famous dekat area tempat aku kerja.Aku suruh dia datang sini untuk tolong cukur dan sekaligus guntingkan rambut Arman yang dah macam hutan belantara tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience