BAB 7

Humor Completed 11778

Hari ini genap seminggu aku bekerja dirumah Arman. Dia masih seperti sebelumnya. Cepat marah, suka cari pasal dengan aku. Tak nak makan. Makan ubat pun selalu mengelat. Satu lagi, Arman ni malas nak buat terapi. Asal petang je dia mengantuk.

Asal mengantuk je time terapi! Tak boleh jadi ni. Aku mesti cari jalan. Kalau dia terus macam ni aku takut kaki dia betul-betul tak berfungsi lagi.

Petang tu aku sengaja suruh Pak Daud bawa Arman turun. Mula-mula mengamuk juga si Arman tapi aku tetap berkeras menyuruh Pak Daud bawa dia turun. Lepastu, sengaja aku tinggalkan dia di meja rehat berdekatan kolam renang.

Aku nak dia berjalan. Biarlah bertatih lambat-lambat asalkan kakinya tu bergerak.Tapi, Arman ni degil. Dia hanya duduk dikerusi tanpa mahu berlatih berjalan.

Dari pukul 3.00 hinggalah Asar Arman masih duduk disitu tak bergerak-gerak.Aku juga duduk tak jauh dari dia. Sambil tu sempat juga aku main air kolam. Sesekali dia menjelingku. Bosanlah tu!

“Panggil Pak Daud, aku nak naik bilik!”arah Arman.

“Pak Daud tak ado. Dio dah keluar,”jawabku.

“Habis siapa nak angkat aku?”tanya Arman.

“Tak ado orang yang buleh tolong melainkan diri Tuan sendiri,”jawabku.

“Kau ni gila ke apa? Tak nampak kaki aku macam mana?” marah Arman.

“Kaki Tuan bukannyo lumpuh.Tuan tu yo yang maleh nak bergerak,”Sengaja memanaskan hatinya.

“Aku yang malas bergerak? Hey! Kau tengok ni!!”marah Arman sambil berusaha bangun. Aku nampak kepayahan dia untuk bangkit. Aku melihat dia cuba dengan sepenuh kudrat untuk melangkah tapi dia hampir tersungkur. Aku berlari mendapatkannya.

“Kau nampak? Kaki aku ni dah tak boleh guna lagi!” marah Arman lagi. Dadanya turun naik.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Kasihan melihat dia. Jangan pernah mengalah Abang Arman! Dugaan Allah ini masih kecil.

“Den boleh jadi tongkat Tuan. Kito jalan slow-slow yo?”pujukku lagi. Arman memandangku.

“Kau ni memang jenis tak faham bahasa kan?”marah Arman.Aku senyum.

“Kito cubo langkah satu-satu. Insyaallah… boleh. Tuan kono yakin. Allah tak akan mensia-siakan usaha setiap makhlukNya,”nasihatku.Arman diam.Mungkin termakan dengan pujukanku tadi.

Aku memaut pinggangnya. Dengan Bismillah perlahan-lahan Arman mengangkat kaki kanannya. Lepas setapak, dia melangkah setapak lagi. Dalam hatiku tak henti-henti berdoa agar Tuhan tak mematahkan semangatnya. Sesekali kami berhenti bila dia terasa penat. Kemudian kami berjalan lagi hinggalah sampai ke ruang tamu rumah.

“Alhamdulillah..” Itu saja yang keluar dari mulutku.Arman aku dudukkan diatas sofa.

“Tuan, esok kita berlatih lagi yo?” Arman memandangku.

“Termasuk kau, dah 3 orang yang jaga aku.Tapi mereka kerja tak sampai seminggu. Semua cabut sebab tak tahan. Kau tak nak cabut macam dia orang?” tanya Arman. Aku senyum lalu menggeleng.

“Kenapa?”soal Arman lagi.

Aku diam tak menjawab. Dalam hati.. Mon nak jaga Abang sampai sembuh.Biar berbulan, biar bertahun… Mon sanggup. Airmata terasa ingin jatuh. Mon… Jangan nangis! Nanti pecah rahsia kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience