BAB 11

Humor Completed 11778

“Kenapa menangis ni?”tanya Arman. Alamak!

“Err… Bukan menangis.. mato den masuk habuk,”aku pura-pura menggusal kelopak mata.

“Tengok sini,”arah Arman. Aku memandangnya.

Daguku dipaut. Wajahnya didekatkan ke mukaku. Berderau rasa darah bila mataku dan mata dia bertentang buat seketika. Dengan cermat Arman meniup mataku. Mula-mula sebelah kanan kemudian sebelah kiri. Sambil meniup dia berselawat. Airmataku bertakung lagi. Mon..jangan nangis. Jangan nangis!

“Bila pandang kau, aku jadi teringat pada Mon,”kata Arman sambil senyum.

“Mon tu siapo? Adik angkat Tuan?”tanyaku. Sengaja nak dengar apa yang dia akan kata tentang aku.

“Bukan. Dia bukan adik angkat aku. Mon tu.. entah! aku tak tahu nak cakap macam mana dengan kau. Tapi, dia lain. Dia istimewa..”cerita Arman sambil tersenyum.

“Istimewo? Dio terenjat akal ko? ”aku mahu cungkil rahsia. Arman ketawa. Keningku berkerut. 3 minggu aku kerja dengan dia ini first time dia ketawa!

“Kalau kau nak tahu, hari-hari dia ikut aku balik sekolah. Aku marah ke, aku nak rotan ke… dia still nak ikut aku. Aku sendiri tak tahu kenapa dia buat macam tu. Sebab tu aku kata dia istimewa..”

“Dia pernah cakap yang dia cintakan aku dan dia nak kahwin dengan aku bila kami besar nanti. Masa tu dia baru 12 tahun, aku pulak 15 tahun,” cerita Arman sambil senyum. Aku juga tersenyum bila mengingatkan kisah itu.

“Masa aku tanya, betul ke dia nak kahwin dengan aku.. sungguh-sungguh dia angguk tanda mahu. Kau agak, kalau aku jumpa dengan dia sekarang dan aku ajak dia kahwin… dia nak tak terima aku yang cacat ni?”soal Arman dengan suara serak-serak seperti mahu menangis.

Aku tertunduk. Jari-jemari aku genggam kukuh.Airmata sudah tunggu masa mahu jatuh. Rasanya mahu saja aku peluk dia erat-erat. Abang Arman… andai saja Mon bisa meluahkan rasa cinta itu sekarang.. sudah lama Mon buat. Tapi.. biarlah! Mon tak pernah minta agar cinta Mon Abang balas.

———————–

Hari ini genap 2 bulan aku bekerja disini. Bibik Ainon bercuti hari ini. Ada hal keluarga katanya. Nak dijadikan cerita, Kak Ira dan suaminya outstation, Makcik Kamariah pula pulang ke kampungnya kerana ada ahli keluarganya yang meninggaldunia. Pak Daud pula hantar Makcik Kamariah. Dalam rumah ni hanya tinggal aku, Arman dan 3 orang anak Kak Ira.

Aku masuk kerja seawal jam 7.00pagi. Kemas rumah kejap, lepastu naik atas kejutkan Arman dan anak buahnya Korie 5tahun, Fifie 3tahun dan Jijim 5bulan. Kemudian turun bawah balik untuk sediakan sarapan mereka berempat.

1.00 tengahari. Aku arahkan anak-anak itu supaya makan tengahari didapur. Arman juga ku ajak turun. Selepas makan aku pimpin lagi Arman naik ke tingkat atas. Selesai urusan Arman aku turun kembali ke dapur mengemas, membasuh pinggan, mengemop lantai.Uhh! Loteh den!

“Cik Osem! Oo..Cik Osemmm! Cepatlah datang sini, Jijim uk..ukk!!”jerit Korie.

Uk..ukk?? Alaahh! Membuang pulak dah! Berlari-lari aku bawa Jijim ke bilik air. Budak kecil tu tersengeh je tengok aku yang kegelian mencuci punggungnya. Alang-alang dia dan basah, aku mandikan dia sekali lagi. Masalah datang bila si Fifi datang. Dia pun nak mandi sama. Adeh!

Selesai mandi, aku siapkan mereka. Jijim tak banyak ragam tapi Fifie pula yang banyak songeh. Melalak-lalak suruh aku carikan baju princessnya. Baju princess? Mana aku tahu yang mana satu!

Akhirnya jumpa juga baju tu. Baju dress berwarna pink. Siap ada labuci-labuci lagi! Lepastu dia minta aku sikatkan rambutnya. Aku sengaja buat ikat dua. Orang kampung kata, rambut tanduk kerbau!

2.30tengahari. Alamak! Arman belum solat lagi. Aku berlari kebilik Arman. Eh! Mana dia? “Tuan! Oo..Tuan. Tuan dekat mana?”panggilku.

“Dalam toilet!”jawab Arman. Aku senyum. Arman dah boleh ke tandas sendirilah!

“Tuan buat apo dalam tu? Nak Osem tolong tak?”kataku.

“Tak payah.. Tak payah! Stay je sana,”marah Arman.

“Alaa..mehlah Osem tolong ha.. Osem masuk yo?”aku sengaja nak menyakat dia sebenarnya.

“Jangan! Please jangan! Aku merayu.. malu aku nanti!”kata Arman dari dalam bilik air. Aku menekup mulut mahu ketawa.

“Tuan lamo-lamo dalam tu buat apo? Berak ko?”soalku. KrikkKrikk.. KrikkKrikk! Tiada jawapan. 5minit kemudian pintu terbuka.

“Sibuk je! Nak memerut pun tak senang!”marah Arman. Aku ketawa lepas.

Sementara dia bersiap, aku kemaskan sedikit tempat tidurnya untuk memberi ruang dia bersolat. Ketika Arman bersolat aku mendengar suara Korie menjerit dari biliknya. Apa lagi tu!

“Apo laie ni?”tanyaku. Korie mengangkat sesuatu. Terbeliak biji mata aku. Fifie gunting rambut dia! Tinggal sebelah je lagi rambut tanduknya. Mataku mencari Fifie. Dia sedang menyuruk dibawah katil.

“Kenapo digunting rambut sobolah ni? Alah! Apo den nak jawab dongan omak kau nanti!”

“Fifie taknak ada dua. Fifie nak satu je rambut ikat…”jawab Fifie.Aku garu kepala.

“Kalau taknak kenapo digunting? Cakaplah dongan Acik tadi. Ni, nak buat apo dengan rambut sobolah ni?” tanyaku. Fifie cembeng tanda mahu menangis.

Aku kembali ke bilik Arman. Dia sudah selesai solat. Aku tunjukkan pada dia rambut yang dipotong Fifie. Arman ketawa. Ni lagi sorang! Bukan nak tolong aku. Akhirnya aku call Uncle Jemmy untuk menyelamatkan keadaan.

3.30petang. Aku minta izin dari Arman untuk gunakan bilik tetamu untuk bersolat. Selesai solat aku kena makeup balik. Letih betul! 4.00petang- aku ternganga. Ruangtamu dah macam tongkang pecah! Bila nenek dia orang ada tak pernah pula buat perangai macam ni? Aduh! Dugaan..dugaan.

4.40petang dah waktu Asar. Aku naik ke tingkat atas menuju ke bilik Arman. Dia sedang bersolat. Aku senyum kemudiannya ke bilik tetamu untuk solat. Selesai solat dan makeup, aku ajak mereka turun ke taman. Arman pun ku ajak turun sekali. Uh! Berat badan aku boleh turun 3kg nampaknya!

6.30petang- Aku mandikan 3 anak kecil itu. First time aku tak balik hari ni. Baru aku tahu, selepas Maghrib Arman akan ajar anak-anak ini mengaji. Walaupun dia hanya ajar mereka mengenal Alif, Ba, Ta… tapi padaku momen itu sudah cukup indah. Aku menuju ke bilik tetamu mahu solat. Selesai solat dan makeup aku turun ke ke dapur.Masak dinner pula.

9.45malam urusan dapur selesai. Aku naik ketingkat atas. Adeh! Kali ni aku tak larat nak naik laju-laju. Penat! Bibirku tersenyum sebaik saja pintu bilik Arman ku buka. Arman dan anak-anak buahnya sedang berbaring diatas katil sambil menonton tv. Si kecil Jijim juga tak banyak ragam.

Aku mendekati mereka. Masa tu rasanya dah macam punya 1 keluarga lengkap.Ada suami dan anak-anak yang comel. Ehemm! Cik Osem berdosa fikir yang bukan-bukan! Sila kawal diri anda! Aku berdehem beberapakali sebelum tersengeh sendirian. Apadah!

11.00 malam-anak anak itu semua sudah lena dikatil Arman. Aku minta izin pada Arman untuk ke bilik tetamu. Bukan untuk tidur tapi untuk menyelesaikan urusan pejabatku pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience