BAB 9

Humor Completed 11778

Bila Arman tahu aku suruh Uncle Jemmy datang untuk cukur dan gunting rambut dia, hmm..apa lagi. Mengamuklah jawabnya. Tapi aku tetap tak peduli. Ingat aku takut?

Aku paksa Uncle Jemmy buat kerja dia tanpa hiraukan Arman. Selesai bercukur dan gunting rambut aku minta Arman terus mandi. Sementara dia mandi aku turun ke bawah memanggil Pak Daud supaya membantu Arman bersiap.

30minit kemudian Pak Daud memanggilku. Katanya Arman suruh naik ke biliknya. Dia dah mindi! Tak sabar pula rasanya nak tengok muka Abang Arman tanpa janggut dan jambang. Pintu biliknya ku ketuk beberapakali. Arman mengarahkan aku masuk.

Ketika aku menolak pintu biliknya dia sedang menyisir rambut. Pada pandangan mataku wajahnya tak banyak berubah. Masih lebih kurang sama seperti 13 tahun dahulu. Masih sweet walau tanpa senyuman.

“Wah.. kacaknya Tuan,”pujiku. Arman menoleh memandangku.

“Aku tak pernah jumpa manusia paling degil macam kau,”kata Arman. Aku senyum.

“Den buat untuk kebaikan Tuan jugak,”jawabku.Arman senyum nipis.

“Tuan, apo kato kito turun bawah nak?”ajakku.

“Malaslah!”jawab Arman dengan muka yang nak marah lagi.

“Tuan nak sihat ko tidak ni?”soalku. Arman mendengus.

“Kau ajak aku turun tu nak buat apa? Terapi kan petang karang,”

“Kita turun bawah bukan nak buat terapi kaki, tapi nak buat terapi perut. Jom turun!”

Dia bangkit perlahan-lahan. Ketika itu tubuhnya sangat dekat denganku. Waa..wanginya dia! Aku tersengeh lagi. Sepanjang dia denganku, jarang aku gunakan kerusi roda melainkan ia betul-betul diperlukan. Biarlah Arman jalan perlahan dan lambat-lambat asalkan ada gerakan pada kakinya.

Bayangkan, anak tangga ada lebih 30 tiat. Kalau orang sihat mungkin ambil masa lebih kurang 2-3minit tapi bagi Arman… mau 15minit! Tapi itu tak jadi masalah bagiku. Biar aku penat asalkan Arman sihat!

“Den tengok, Tuan selalu tak ado selero nak makan. Kenapo? Makanan tak sodap ko?”

“Entahlah.Tekak aku rasa belum selera nak telan makanan,”jawabnya.

“Kalau Tuan tak makan, mano nak ado tenago. Apo kato hari ni den yang masak. Tuan nak makan apo?” Sengaja aku memperbanyakkan soalan biar dia tak terasa yang dia dah banyak berjalan. Macam sekarang ni, hanya tinggal 8 tiat saja lagi sebelum sampai ke anak tangga terakhir.

“Pandai masak ayam masak lemak cili api?”tanya Arman. Aku angguk seketika tersenyum. Bukan kerana mendengar permintaannya itu tapi kerana kakinya sudah pun menjejak anak tangga yang terakhir.

“Tuan… cuba pandang bawah,”suruhku.

Arman tunduk memandang kakinya yang berdiri di anak tangga terakhir lalu bibirnya tersenyum nipis. Makcik Kamariah yang memerhati dari jauh juga tersenyum. Lepasni aku nak ajak dia naik tangga pula!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience