BAB 4

Humor Completed 11778

Hari ni hari ke 3 setelah aku menziarahi Arman tempoh hari. Mood kerjaku merudum jatuh. Cakar kertas buat bulat-bulat… main pusing-pusing duit syiling.. kunyah gula-gula getah lepastu buat belon. Ah! Tolonglah! Hatiku tak tenteram.

“Mon, malam tadi Kak Ira call. Dia ada minta tolong aku carikan penjaga untuk Arman,”cerita Opie.

“So?”tanyaku.

“Lah! Grab lah peluang ni! Hari tu kan kau kata.. kalau diberi peluang kau nak sangat jaga Arman sampai sembuh, kan? Hah! Inilah masanya,” kata Opie dengan penuh semangat. Keningku berkerut.

“Habis, kerja aku ni macam mana?”

“Cik Mon oi.. kau kerja dengan siapa sekarang?”

“Dengan kau lah,”jawabku.

“So? Bos dah bagi green light lagi mau tanya ka? Lagipun, kita ni kan arkitek. Boleh je buat kerja dari rumah. Bila dah sampai date line, kau datanglah pejabat hantar pelan. Tak pun lepas balik kerja, kau singgah rumah aku. Kita disscuss apa yang perlu,” cadang Opie. Aku tersengeh. Idea bijak!

“Tapi aku ada 1 masalah,”kata Opie. Keningku berkerut.

“Apa masalahnya?”

“Masalahnya,Kak Ira kenal kau.Kalau kau datang minta kerja tu.. apa pulak kata Kak Ira nanti,”

“Ah! Itu kacang gorenglah! Jangan risau..tahulah aku nak buat macam mana,”jawapku dengan senyuman memanjang. Otakku sudah ligat mencari idea-idea yang best lagi menakjubkan!

——————–

Hari ni hari first aku kerja dirumah Arman. Excitednya! Kening Opie berkerut. Dipandangnya aku atas bawah, atas bawah beberapakali sebelum gelak tak ingat dunia.

“Apa dah jadi dengan kau ni Mon?”tanya Opie. Aku sengeh.

“Ini namanya teknik penyamaran!”jawabku. Opie ketawa lagi.

Sengaja aku pakai baju kurung lama yang dah lusuh. Kemudian pakai tudung macam orang dulu-dulu pakai. Ditambah dengan makeup gelap-gelap sikit biar nampak macam ala-ala Dayang Senandung gitu.

Ada tahi lalat hidup seketul betul-betul di pipi kanan. Minyak atar sebagai pewangi diri. Tak lupa spek mata Cikgu Bedah yang Arman kata dulu dan gincu bibir merah menyala. Memang terbaek!

Kak Ira tanya aku macam-macam soalan. Latarbelakang keluarga, pandai masak ke tidak, pandai kemas rumah ke tidak.Macam-macam lagilah. Pening kepala aku mencari idea nak kelepet dia ni.

“Kalau ditanyo bab momasak dan komeh-mengomeh ni.. memang den lah orang eh. Segalo bondo tiptop! Mabeles kato omputeh,” Aduh! Tergeliat lidah aku bercakap loghat Negeri Sembilan.

Ah! Ingat Mon… ini teknik penyamaran! Jangan sampai identiti terdedah! Kak Ira tersenyum. Seketika dia pun sama macam Opie tadi. Pandang aku atas bawah, atas bawah banyak kali.

“Awak jangan risau. Tugas awak hanya jaga Arman.Masak dan mengemas ada bibik yang akan akan buat kerja tu. Tapi, awak kena tolong-tolonglah dia juga,” kata Kak Ira. Aku mengangguk faham.

“Nama awak Sutinah Suriasari Serbaguna bt Suratman?” tanya Kak Ira. Aku angguk. Nama yang aku main belasah je! Karang kalau aku bagi nama Tania Hudson macam tak kena pulak!

“Saya nak panggil apa? Takkan nak panggil full name kot?”

Aku garu dahi. Alamak! Kenapa dari rumah tadi tak terfikir benda ni? Dalam pada garu-garu kepala cari idea, mata terpandang tv yang sedang menayangkan rancangan memasak Martha Stewart.

“Hah! Puan boleh panggil den Osem!”kataku.Berkerut Kak Ira mendengarnya. Opie? Lagilah!

“Takdo, dulu den ponah kojo ngan orang putih. Dio selalu koba OSEM bilo den masak,” Alalaahh! Sumpah aku tak ada idea lain! Opie menekup mulut. Terjungkit-jungkit bahunya menahan ketawa.

Hampir sejam sesi temuduga tu berjalan. Nasib baik aku dan Opie pandai kelentong. Kak Ira menerangkan padaku tugas yang akan aku lakukan selama menjadi pembantu Arman. Pagi, aku akan datang seawal jam8.00.

Pukul 9.00 pagi aku kena pastikan Arman sudah bersarapan. Semua urusan makan pakaian Arman aku juga yang akan uruskan. Ubat juga harus diberikan tepat pada waktunya.

Lunch pada pukul 1.00 tengahari. Sebelah petang, aku harus membantu Arman menjalani terapi. Terapi dibuat dirumah. Hanya seminggu sekali akan ada doktor peribadi yang datang melihat perkembangan Arman. Jam 6.00 aku dibenarkan balik.

Sepanjang waktu 8.00pagi hingga 6.00petang, tugasku lebih banyak dengan Arman. Apa saja yang Arman perlukan aku harus sediakan. Tapi, kata Kak Ira jika diperlukan aku harus kerja sampai malam.

Demi Arman aku sanggup lakukan apa saja. Mungkin orang kata aku buat benda bodoh sebab menyusahkan diri sendiri. Tapi percayalah… bila seseorang itu jatuh cinta dia akan sanggup buat apa saja demi orang yang dicintai. Seperti lirik lagu ‘Sayap Illusi’ … Kerana cinta, biar aku dianggap gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience