BAB 6

Humor Completed 11778

“Tuan, Omak den ado kato.. kito akan makan dengan lebih berselero bilo dapat tengok pemandangan indah. Den bukakan sliding door ni yo. Biar Tuan boleh makan sambil tengok suasano kat luar sano,” Aku berjalan menuju ke sliding door. Langsir tebal yang menutupi sliding ku tarik hingga cahaya masuk hampir keseluruhan bilik Arman.

Ketika itu sekali lagi ada benda yang terbang melayang diatas kepalaku. Cis! Dia baling bantal lagi! Rasa macam nak buat je senaman tahan marah macam dalam cerita ‘Kampung Semarah Padi’. 123.. tarik nafas, tahan nafas, senyum kemudian goyang-goyangkan tangan. Hoh! Bantal tadi ku kutip lagi dan ku letakkan kembali diatas katil.

“Tuan makan sikit yo. Bismillahirrahmanirrahim..”ucapku.

Belum sempat sudu yang berisi bubur itu ku sua ke mulut Arman, sekali lagi kepalaku ditampar dengan bantal. Bukan sekali tapi 3 kali! Aku memandang Arman. Dia menyandarkan tubuhnya sambil merenung tajam mukaku.Nampak sangat muka cari gaduh dia.

Aku bangkit mencari benda keras. Hah! Mataku tertumpu pada kayu hoki dibawah meja tv. Oo..main kasar dengan aku eh? Hah! Mari kita tengok siapa lebih kasar. Kening Arman berkerut.

“Kau nak buat apa dengan kayu hoki tu hah?”tanya Arman.

“Nak balas balik apo yang Tuan dah buat dekat den tadilah!”jawabku. Berkerut dahi Arman.

“Kau ni mental ke apa? Ingat, kalau kau apa-apakan aku.. aku saman kau!” ugut Arman.

“Ado den kesah? Lobih baik Tuan makan sebolum den hayun kayu hoki ni,” aku pula yang mengugutnya. Arman mengetap gigi. Kalahlah tu! Tangannya mengambil mug yang berisi hot coklat.

“Aku taknak makan. Bawa turun,”arah Arman.

“Tapi Tuan…”

“Aku kata taknak, maknanya taknaklah!”Arman marah. Aku mengeluh.Arahannya ku ikut.

1.35 tengahari Pak Daud naik ke bilik Arman. Dia ditugaskan dalam hal mengurus Arman jika dia mahu tandas, mandi, atau bersolat. Aku curi-curi tinjau dari celah pintu. Arman solat diatas katil setelah diwudukkan oleh Pak Daud, drivernya.

Automatik bibir senyum. Aku yakin, hati yang dekat dengan Tuhan itu sangat suci. Mungkin keadaan yang membuatkan dia begitu. Siapa yang tak patah hati bila kaki yang dulunya sempurna kita sudah tidak boleh digerakkan. Siapa yang tak patah semangat bila diri yang dulu terhebat tapi kini hanya terlantar dikatil tanpa dapat bergerak bebas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience